CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday, February 27, 2009

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Sehingga jam 2.22 pg, saya menekun blogspot ini, berharap agar dapat saya memberikan nafas baru kepada minat saya. Sementelah melihat sahabat-sahabat yang semakin hari semakin ramai yang memenuhi ruang maya ini. Entahkan bila 'myportal' saya juga akan diberikan nafas baru. Mungkin kerana kekangan masa. Harapnya pelaburan saya tidak akan sia-sia.

Baru sahaja sebentar tadi, saya menduduki ujian Private International Law. Tapi 1/2 jam sebelum test ni, saya diuji dengan masalah kereta yang tiba-tiba tak mo hidup. Alhamdulillah, Kak Kilah berkelapangan menghantar saya ke UIA. 5 minit lewat dari masa yang sepatutnya sampai, tak perasan pulak dengan sms daripada Sheikh Mahfuz, sahabat sekuliah yang sangat baik hati, risau kalau-kalau saya gagal menghadirkan diri. Terima kasih. Mudah-mudahan result test melapangkan hati. InsyaAllah.