CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, March 24, 2009

Rindu pada mereka...

Hari ini, kembali bertugas di rumah sinar salam...Alhamdulillah... Hilang rasa rindu yg berkarung di hati, bila dapat bertemu mesra dengan penghuni di sana.. Dah 3 bulan bercuti, menunggu jadual baru.. Kontrak mengajar kali ni, sampai bulan 12. Banyak aktiviti baru yg boleh saya rancang. Kali ni, mungkin akan bekerjasama dengan En. Zol..InsyaAllah.. Mudah2 an senang segala urusan.

Hari ini, kira refresh balik perkara2 asas yg telah diajar pada tempoh yg lalu. Hm, sedikit frust, sbb ramai yg dah lupa apa yg dah diajar... Begitu lah manusia, selalu lupa.. Bila saya tanyakan rukun iman, tergagap2 menjawab. Bila disuruh baca rukunegara, amboi, laju macam keter api...Adeehh..silap sistem tarbiyyah mana ni...???? Kali ni, aktiviti melukis pokok.. pokok yg akarnya kukuh terpasak di bumi.. Saya cuba memberikan perumpamaan akar yg kukuh sebagai iman dan aqidah yg menjadi tunjang kehidupan. Moga cara ini, lebih memahamkan mereka.. Ini baru permulaan...

0 comments: