CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday, April 3, 2009

Adakah ini fitnah? Adakah dia dayus?

Assalamualaikum w.b.t

Saya terpanggil untuk memberikan sedikit komen terhadap rancangan2 TV yg rata2nya tidak memberikan manfaat kepada penonton. Lebih berat lagi, bukan sahaja tidak memberikan manfaat, malah memberikan pengaruh-pengaruh dasyat, fitnah terhadap agama dan terlebih parah lagi apabila boleh membawa kepada syirik kepada Allah..

Hari ini, saya ingin mengulas 2 perkara yang saya rasakan penting: Fitnah kepada agama dan suami yang dayus.

Drama Yusuff di TV3.
Iya, bukanlah Nabi Yusuf a.s yg dimaksudkan. Tetapi, ceritanya sedikit sebanyak mempunyai persamaan dengan kisah Nabi Yusuf a.s kecintaan kita, yg diceritakan di dalam al-Quran. Bagi mereka yg tentunya mengetahui kisah Nabi Yusuf, akan jelas memahami sejarahnya. Tetapi, bagaimana pula yg tidak pernah tahu atau yg hanya cetek pengetahuan mereka terhadap sirah para nabi?

Alangkah malang dan jahilnya, jika mereka beranggapan sirah Nabi Yusuf dan kisah drama bersiri ini sebagai sama. Pada saya, ini adalah satu pembohongan yang maha dasyat dan fitnah terhadap agama. Walaupun penerbit drama atau penulis skrip atau sesiapa sahaja yg terlibat di dalam drama ini menafikannya, tapi saya tetap menyatakan bahawa, mereka salah. Yusuf, kisah dibuang keluarga, kisah digoda oleh perempuan, kisah tampan, dari mana mereka mengadaptasikan cerita ini kalau bukan daripada sirah nabi mulia kita? Kemudian, mereka menokok nambah, mengubah berdasarkan citarasa mereka sendiri tanpa menyedari bahawa mereka sedang melakukan kerosakan yang nyata... Kerosakan apa lagi yg mereka akan buat nanti?


Ke 2, kisah suami yg dayus...
Saya bukanlah suka untuk berkata begini. Tetapi, sekali terpandang hati saya tertanya2 perihal suaminya, tiada perasaan marah ker, atau tiada rasa bersalah ker, atau tiada rasa cemburu ker? Apabila saya melihat seorang perempuan yg memakai baju yg kononnya 'up to date' mendedahkan bahagian dadanya kepada umum dengan fesyen berkemban cara millenia, 'posing' maut atas sofa kemudian berdiri lagi melenggang lenggok menayangkan aurat , sambil diperhatikan dengan penuh gaya yg konon2nya macho oleh 7 orang lelaki termasuk suaminya sendiri, fauzi Nawawi. Bangga kah Fauzi melihat isterinya begini? Atau dayus kah dia, membiarkan isterinya begini? Mudah2 an Allah memberikan hidayah kepada mereka. Bahagia di dunia sahaja tidak cukup. Apa yg penting keredhaan Allah di dunia dan akhirat...

Ini bukan kali pertama perkara seperti ini diamalkan. Belum lg kita berbicara tentang 'red carpet', anugerah itu dan ini, persandingan dan resepsi, adegan pegang2, peluk2 yang rata2 menjadikan wanita sebagai bahan tontonan umum. Kalau cantik dipuja dan dipuji, yg hodoh dikeji dan dibenci. Sepertinya, ini perkara biasa pada golongan-golongan yg belum diberikan kekuatan pada iman mereka. Cuma kebetulan saat ini, kita dihidangkan dengan drama bersiri baru melibatkan pasangan yg saya sebutkan di atas ini. Baru sekali saya menonton tetapi bukan menekun. Cuma mengisi masa berborak kosong di waktu petang bersama teman-teman di rumah ini.

Dunia apakah ini? Ingin saja saya lari ke planet lain, kalau saya punya pilihan. Tapi, pilihan sebenar ada di dalam hati kita. Mudah-mudahan Allah tetapkan iman dan hati kita dilorong kebenaran. Mudah-mudahan juga Allah memimpin kita semua ke jalan yg benar. Memilih untuk mencari yg halal itu sgt berkat. Jangan risau tentang rezeki kerana Allah yg memiliki segalanya. Jika kita sanggup tinggalkan pekerjaan yg tidak berkat, tidak halal atau syubhah, insyAllah, Allah akan sedia mudahkan jalan di depan. tinggal lg, yakin, usaha dan tawakal.. Hidup mesti selamber, jgn terlalu risau, tp tetap perlu struggle..:)

0 comments: