CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sunday, May 24, 2009

Laryngoscopy dan gigi

Salam untuk diriku dan seluruh alam...
Banyak perkara yang berlaku, tidak sempat untuk diabadikan dalam blog ini.
Balik kampung baru-baru ni, mok (nenek) saya dikejarkan ke emergency. Kenapa? Oh, jangan pandang enteng soal tercekik tulang. Ini tulang ayam, bukan tulang ikan. Percaya atau tidak? ini gambarnya...


3 hari melihat keadaan mok, hati diruntun pilu. Tidak boleh makan dan minum. Seteguk air pun satu penyeksaan baginya. Al-kisah, malam tu, saya 'terkalut-kalut' membuat persiapan untuk pulang ke KL. Seperti biasa, mok pun kalut sama. Ditambah pula, ada masalah gusi bahagian bawah, menyukarkan mok memakai gigi palsunya. Dengan gigi palsu atas sahaja menjadikan kunyahannya terhad. Tanpa sedar, tulang yang bersalut isi memasuki ruang kerongkong tanpa sempat memberi isyarat kepada gigi palsu (tanpa pelekat polident..:p) dan isyarat otak berkata, telan, telan cepat-cepat, cucu dah nak naik bas tu...tiba-tiba mok mengerang sakit, aku panic. terus membawa mok ke klinik seterusnya ke emergency di Hospital Kota Bharu. Keesokan hari baru dirujuk kepada pakar dan hari yang berikutnya menjalani operation melalui kaedah laryngoscopy.


Alhamdulillah, segalanya dimudahkan Allah, walaupun beberapa risiko kemungkinan akan berlaku kepada warga emas berumur 85 tahun seperti mok. Antara risiko yang dinyatakan seperti, kesan lama ubat bius, kecederaan tulang melalui kaedah laryngoscope tersebut, kecedaraan bahagian mulut atau patah gigi (ini mustahil sebab gigi palsu..hehehe). Mok dipantau selama dua hari selepas operation. Terima kasih kepada tenaga doktor di HKB terutama bahagian ENT. Moga Allah berkati dunia akhirat. Ameen ...

Selingan: Kenapa kebanyakan perempuan yang memakai gigi palsu? Sebab masa mengandung, kalsium dalam badan ibu, banyak diberikan kepada baby. Justeru, ibu perlu banyak mengambil susu saat mengandung. Itupun, kalau ibu tiada masalah alahan. Tapi, kebanyakan ibu, bermasalah untuk mengambil susu kerana alah dan muntah menyebabkan ibu kekurangan kalsium. Tapi, ibu ini redha asalkan baby sihat. Kepada para suami, adakah bersedia untuk melihat satu demi satu gigi-gigi isteri tertanggal dari gusi? hehehehe... Terimalah isteri seadanya... 'erti hidup pada yang memberi..' So, kepada isteri dan bakal isteri pulak, jangan tunggu masa mengandung sahaja baru nak ambil susu. Mulakan dari sekarang...caiyukk....!!!!

http://drleen.wordpress.com/2008/02/12/mitos-dan-fakta-tentang-gigi/

Mitos dan Fakta tentang gigi

Ada banyak mitos-mitos yang berkaitan dengan gigi yang pernah saya dengar..kadang kala ianya berlaku secara kebetulan dan orang akan menyangka ianya satu penyebab. Kadangkala pula ia diketahui dari orang-orang tua. Adakah semuanya mitos atau sememangnya benar? Kita ikuti satu persatu.

Mitos: Cabut gigi atas akan menyebabkan rabun
Fakta : Pencabutan gigi atas tak kira gigi hadapan atau belakang tidak akan menyebabkan rabun kepada mata. Kita boleh melihat apabila cahaya yang masuk ke dalam mata terus fokus pada lapisan retina. Kita menjadi rabun kerana cahaya itu masuk dan fokus di hadapan atau belakang lapisan retina. Kebanyakkan rabun adalah bersifat keturunan. Cabut gigi atas memang tidak akan menyebabkan rabun, jika ianya terjadi, ia hanyalah kebetulan sahaja.

Mitos: Pencucian ( scaling ) gigi yang kerap menyebabkan gigi nipis

Fakta: Alat yang digunakan utk mencuci gigi tidaklah bersifat tajam. Ianya bergetar untuk menanggalkan karang gigi yang keras seperti simen dan melekat pada gigi. Jadi pencucian yang kerap iaitu 6 bulan sekali tidak akan menipiskan gigi. Gigi boleh terhakis jika di berus dengan berus yang keras dan juga jika berus dengan kuat setiap hari.

Mitos:Pencucian gigi yang kerap menyebabkan gigi makin goyang
Fakta: Gigi bergoyang disebabkan tulang yang memegang gigi telah berkurangan. Ini berpunca daripada karang gigi yang melekat pada gigi. Lama kelamaan karang gigi itu sangat tebal dan memegang keseluruhan gigi-gigi yang bergoyang menyebabkan gigi-gigi tersebut nampak seperti tidak bergoyang. Jadi bila karang gigi itu dibersihkan, maka gigi terasa seperti lebih bergoyang. Jika selalu cuci gigi, maka karang itu susah nak terjadi dan tulang akan sihat seterusnya gigi tak bergoyang

Mitos : Jika tak cabut gigi susu sebelum gigi kekal tumbuh, gigi anak akan tak tersusun
Fakta: Gigi susu yang goyang menandakan gigi kekal sudah semakin hampir ke permukaan dan juga akar gigi susu tadi telah dihakis oleh gigi kekal. Ianya boleh tercabut sendiri ataupun dicabut oleh dr gigi apabila masa utk gigi tu tanggal telah tiba. Jika dicabut terlalu awal, ia boleh menyebabkan gigi kekal nanti tak tersusun kerana ruang yang sepatutnya utk gigi kekal itu tumbuh sudah semakin kecil disebabkan gigi lain bergerak ke ruangan itu. Gigi yang tak tersusun biasanya disebabkan oleh keturunan ( rahang kecil, gigi besar) dan juga kerana gigi dicabut terlalu awal.

Mitos: Jika gigi susu rosak, elok dicabut sahaja kerana akan diganti oleh gigi kekal
Fakta:
Gigi susu sama sahaja fungsinya dengan gigi kekal iaitu untuk mengunyah makanan. Ianya sama penting dengan gigi kekal untuk memastikan tubuh badan mendapat nutrisi sepenuhnya untuk tumbesaran. Jika dicabut, beberapa masalah akan timbul. Pertama, susah nak makan kerana sudah tiada gigi. Kedua, gigi kekal akan lambat tumbuh kerana lagi lambat menembusi gusi berbanding jalan yang telah dibuat oleh akar gigi susu. Ketiga, akan menyebabkan gigi kekal tidak terusun.

Mitos: doktor gigi suka membuat lubang kecil pada gigi jadi besar
Fakta:
Lubang pada gigi kadangkala nampak kecil sahaja tetapi di dalamnya sudah kosong. Bila doktor gigi membersihkan semua bahagian yang rosak, maka nampaklah lubang itu semakin besar.

Mitos: Gigi palsu lagi senang dipakai dan tahan lama
Fakta:
Gigi palsu tidak akan tahan selama-lamanya kerana lama kelamaan tulang dan gusi akan mengecil, jadi gigi palsu akan menjadi semakin longgar dan perlu di ganti dengan yang baru.

Mitos: Tidak boleh buat rawatan pergigian jika mengandung
Fakta:
Rawatan pergigian seperti cuci, tampal boleh dibuat pada bila2 masa saja termasuklah semasa mengandung. Rawatan yang memerlukan pesakit duduk terlalu lama atau rawatan yang susah seperti cabutan secara pembedahan, rawatan saraf eloklah di elakkan semasa mengandung di 3 bulan pertama dan 3 bulan terakhir.