CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday, August 28, 2009

Motor Neuron Disease

Salam untuk diriku dan seluruh alam...

Semalam, saya menziarah seorang 'kakak' yang menghidap Motor Neuron Disease. Penyakit ini merupakan salah satu penyakit saraf yang memberikan kesan yang sangat teruk kepada pesakit jika ia berterusan. Penyakit ini akan membunuh sel-sel saraf dan otot-otot yang penting di dalam sistem badan. Kemusnahan saraf dan otot dalam badan ini lama kelamaan dan sedikit demi sedikit akan menyebabkan pesakit tidak mampu untuk mengunyah, menelan, bercakap, berjalan dan bernafas. Pesakit juga akan mengalami kemerosotan berat badan dan lama-kelamaan badan akan mengecil disebabkan kemusnahan otot ini.

"Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul". Kami tiba di rumahnya sudah agak lewat, menghampiri jam 4 ptg. Jarak antara Gombak dan Puchong agak jauh, ditambah pula dengan hujan dan kesesakan bulan puasa, memberikan peluang untuk saya dan Hanani berbuka puasa di dalam kereta. Dapat jugalah saya berbuka dengan sahabat saya sejak dari MMP lg..:D..Selalu kalau dirancang tak menjadi.. Nani, thnx for de drink. Mcm tahu2 jer aku suka nescafe panas..hehehe...

Kedatangan kami disambut dengan senyuman Kak Sue. Sekali pandang, tiada riak sedih atau sakit pun diwajahnya. Hanya keceriaan menyambut ketibaan kami walaupun tidak kami maklumkan terlebih dahulu. Bercakap dengan Kak Sue, banyak mengajarkan saya erti hidup. Walaupun kelihatannya dia ceria, masih lagi saya rasakan getar suara yang berusaha menahan sebak dan senyuman manis yang cuba untuk menutup resah hati itu. 'Redha' dengan ujian bukan bermakna kita tidak boleh untuk sedih. 'Redha' dengan ujian bukan bererti kita tidak boleh meluahkan isi hati kepada orang lain. Bukankan melepaskan sesuatu yang terbuku di hati juga boleh meningkatkan lagi rasa 'redha' kita kepada ujian yang Allah berikan. Saya belum tentu setabah Kak Sue. Saya belum tentu se'redha' kak sue. Moga Allah sembuhkan kesakitan yang dialaminya. Moga Allah temukan penawar yang berkesan kepada kak sue. Semoga keluarga beliau dilimpahi dengan keberkatan dan kesabaran.

Siapa tahu dia akan diuji begini. Kak Sue sendiri pun tiada pengetahuan itu. Hanya Allah sahaja yang Maha Tahu dan Maha berkuasa. Siapa kita untuk menafikan hak dan kehendak Allah, jika Dia menghendakkan kesembuhan kepada kak sue. Walaupun sejuta pakar perubatan berkata tiada harapan, tetapi bila Allah berkata kun, fayakun. Jangan putus harap kepada Allah. Sepatutnya yakin dan usaha. There can be miracle when you believe.

Saya tidak mampu untuk menolong yang lain. Hanya sekadar berdoa kepada Allah. Tiada guna saya berkata 'Alangkah bagusnya jika semasa sihat dulu, kak Sue mengambil polisi takaful'. Boleh membiayai kos perubatannya'. Kesalan saya tentang hal ini... Lagi-lagi kesalan saya jika orang lain disekeliling saya juga tidak dapat saya bantu... Lalu saya harus bagaimana...

Ramai yang melihat ejen takaful seperti saya ini sepertinya ingin mengambil kesempatan. Salahkah saya mengambil peluang untuk sekadar bercerita, bukan memaksa. Biar saya bercerita dulu, soal keputusan terletak ditangan mereka. Saya bukan menjual barangan. Bahkan saya mengajak semua menjaga barangan yang sangat berharga yang sudah dimiliki oleh semua, iaitu SIHAT.. Masa SIHAT sebelum SAKIT. Just prepare... Kesudahan kita adalah rahsia Allah. Jalan menuju kesudahan itu, boleh kita tentukan dengan keputusan yang kita buat kini.. Tidak salah untuk sentiasa bersedia.....




1 comments:

d' Chanteque said...

salam..boleh ke sya nak contact no kak sue cerita diatas? ayah sya pun sakit MND n masih berusaha cara2 alternatif..just nk share dgn dia..trima kasih ya.. huda, klang