CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday, December 4, 2009

Mok...



Assalamualaikum untuk diriku dan seluruh alam... Baru enam hari mata saya sakit. Kata mak, kurang2 7 hari baru baik biasanya. Hmm, dah lama tak sakit mata, kali terakhir entah bila, sudah lupa. Balik kg, raya ke 3, mata bengkak, sampai tak leh bukak. Adik2 tanya, saper yg belasah? hehehe.. Dah besar pjg adik2 upernyer.. Tersedar untuk kesekian kalinya...

Yang lagi menyedarkan saya ketika ini ialah tentang usia. Tempoh lama atau singkat yg diberikan oleh Allah buat pinjaman manusia. Seringkali saya mendengar nasihat daripada ustaz, saudara dan rakan. Tidak sedikit yg memesan kepada saya supaya berdoa, agar Allah tidak panjangkan usia kita sehingga akal yg waras menjadi lupa dan nyanyuk. Bimbang, kalau2 perubahan tingkah laku, keterbatasan kudrat atau faktor kesihatan akan menyebabkan anak2 menderhaka di dalam sedar atau tidak. Benar, seorang bapa dan ibu boleh menjaga sepuluh anak tapi sepuluh anak belum tentu dapat menjaga seorng ibu atau bapa. Satu lagi ketidakadilan yg sering terjadi di dunia ini.


Saya kembali berfikir, adakah benar atau tidak saranan doa ini. Mengapa tidak kita tukar sahaja doa ini, dengan memohon agar Allah menjadikan kita anak2 yg sentiasa taat dan sabar dengan segala ketentuan dan karenah ibu bapa. Juga berdoa supaya dikurniakan anak2 yg sanggup menjaga kita semasa sihat atau sakit, di saat tua atau perkasa. Juga berdoa, jika dipanjangkan usia, jauhkanlah kita daripada sifat pelupa, nyanyuk dan sebagainya. Supaya tiada anak cucu yg berdosa kerana cuba menderhakai atau membenci kita. Pendapat semua ada benarnya.


Saya melihat ini, pada nenek saya yang semakin hari semakin uzur. Sejak kecil, saya dijaga oleh nenek yg saya panggil 'mok'. Usia saya memasuki TASKA, sehingga hari ini, saya tinggal bersama mok. Dulu, saya gemar sekali nasi goreng yg mok masakkan. Cekodok yg sangat lembut dan gebu enak dimakan dengan sos. Setiap kali raya, mok akan buatkan ketupat daun palas. Paling saya tidak lupa, singgang daging mok yg tiada tolok bandingnya. Menu yg tak pernah miss ialah ikan rebus goreng atau ayam goreng pula mesti bahagian kepak atau dada. Lempeng mok juga sedap, langsung tidak melekat pada kuali, walaupun tanpa minyak. Menu daging kicap digaul dengan telur dengan sedikit rasa kari, langsung tak pernah terfikir oleh saya. Chef wan pun tak tahu resepi ni agaknya. hehehe. Semua ni, menjadi kerinduan saya. Entah bila kali terakhir mok memasak, memanaskan minyak di dalam kuali.Masa itu berlalu, tanpa saya sedari. Tapi rutin harian mok memasak air dengan cerek letrik, penuhkan ketiga-tiga termos dengan air panas, masih lagi diteruskan. Kegemaran mok, teh tarik pekat yg paling kaw, dengan teh o manis sentiasa menghiasi meja makan di rumah kami sehingga hari ini. Aduhai...


Setiap kali pulang ke kg, saya melihat perubahan usia mok dengan segala keterbatasan. Sedikit lucu, bila mok bersungguh-sungguh mengatakan saya ini anaknya padahal saya inilah cucu yg dibelanya sedari kecil. Lucu di dalam sayu. Bukan sekali mok hampir rebah bila menuruni anak tangga dapur dan bilik mandi. Hampir setiap hari juga mok lupa dimana dompetnya. Yang terbaru juga kehilangan gigi palsu bahagaian bawah. Akibatnya, mok tak boleh makan benda2 keras, mengunyah pula seperti bayi kecil, comel sekali bila diperhati.

Saya semakin melihat tanda2 kurang daya ingatannya. Bila dihidang dia makan, bila ditanya katanya belum makan. Berkali-kali bertanya soalan-soalan yang sama juga mengulang cerita-cerita yg sama. Sesekali perangainya seperti anak2 kecil yg perlukan belaian dan perhatian. Saya amat sayangkan dia, sepenuh hati saya. Mok sudah berusia 85 tahun. Bila sakit, sepertinya dialah yg paling banyak menyebut tentang mati. Lalu tidak akan terlepas mengucapkan kalimah syahadah. Saya tidak dapat bayangkan kehidupan tanpa dia. Mohon agar Allah memanjangkan usianya di dalam kesihatan tubuh badan dan akal fikiran serta di dalam iman dan taqwa kepada Nya. Moga Allah mengasihi dia. Ameen...

4 comments:

Faiz Faiza said...

itu satu lorong utk menambah pahala kan cekda. moga2 mok sihat2 hendaknya

Nurul Huda said...

Betul tu Faiz. Che Da terbayangkan bila kita seusia itu.. Hm, ini peluang untuk bonus ke syurga, boleh jd juga bonus ke neraka, kalau tak kena gayanya..Na'uzubillaah...

Ameen, moga mok sentiasa sihat dan ceria..terima kasih..:)

izah hasan said...

tak sangka saing aku ni pandai menulis. tersentuh hatiku bile membacanya, terbayang insan2 yang dah banyak berjasa, berkorban hingga hujung usia.. ~ al-fatihah...

Anonymous said...

rindunye kat mok.... agaknya mok dah tak ingat lagi ke kat kak andak... dah 10 tak jumpa. teringat lagi tido kat umah che'da... beraya kat sana, tgk mok n abah lapah lembu. teringat lagi mok belah perut lembu & terkinja2 keluar parasit warna pink!!! semoga Allah memberkati mok dunia akhirat...