CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Monday, April 5, 2010

Kenali potensi diri yang tersembunyi...
















Bagaimana anda membongkar potensi diri anda

Ramai orang yang mampu berjaya, tetapi bertindak seperti tidak mahu berjaya.
Ramai juga yang tanpa disedari, oh, rupanya dia sudah berjaya.
Ramai pula yang sangat ingin berjaya, tetapi tidak juga berjaya.
Ramai orang berjaya dan merasakan dirinya paling hebat, na'uzubillah
Ramai yang sangat berjaya, ingin berkongsi kejayaan dengan orang lain
Ramai sungguh yang tidak tahu, bagaimana untuk harus berjaya, oh sungguh malang
Ramai lagi yang berlagak seperti berjaya, tetapi sebenarnya hampeh

Kategori manakah kita? Bagaimana untuk kita berjaya, jika kita tidak mampu untuk menyelongkar dan membongkar rahsia di sebalik potensi diri yang kita ada. Berapa ramai antara kita, yang pernah menyenaraikan kelebihan yang kita miliki dan terus menampalnya di satu ruang atau sudut yang membolehkan kita membaca sekurang-kurangnya 3 kali sehari? Beginilah caranya bagaimana kita memprogramkan minda separa sedar yang kita miliki.

Hakikatnya, semua orang mengetahui bahawa dia mempunyai potensi tertentu di dalam hidupnya. Hakikatnya juga, setiap orang ingin berjaya setelah tanpa disedari atau dengan disedari mengakui potensi diri yang dimilikinya. Namun, kenapa tidak juga mereka berjaya? Perlu diingat disini, tahu dan sedar dua perkara yang berbeza. Tahu, sekadar mengiyakan perkara itu wujud. Sedar, mengiyakan, merasakan, menghadam serta memberikan satu momentum untuk segera bertindak.

Ramai juga yang sedar dan cuba bertindak, tetapi hanya separuh jalan. Belum sempat melakar kejayaan, sudah berundur ke belakang. Padahal, dia berpotensi besar untuk berjaya di dalam bidang yang dipilih itu. Kenapa ini berlaku? Kerana dia tidak berjaya memprogramkan minda separuh sedarnya dengan lebih baik. Kuasa minda, akan mempengaruhi kuasa perasaan seterusnya, mengalirkan perasaan yang membuak-buak dengan semangat itu kepada saraf-saraf dan otot-otot anggota badan untuk segera bertindak. Lalu, tangkaplah semangat tersebut di dalam ruang tawakal yang dipagari dengan 2 disiplin kejayaan iaitu fokus dan konsisten.

Jika anda sudah mempunyai kekuatan ini, anda akan tidak takut untuk gagal setelah berusaha dengan hebat sekali. Ini adalah kerana, jika gagal, itu adalah petunjuk yang baik bahawa anda telah berjaya berusaha. Belajar daripada kegagalan dan berusaha untuk bangkit daripada kegagalan, tetapi awas, jangan jatuh dilubang yang sama untuk kesekian kali. Anda berhak ke atas diri anda.

Bagaimana pula kita menilai sesuatu kejayaan itu? Adakah dengan wang yang bejuta, atau dengan pangkat yang tinggi, atau dengan rumah yang besar, atau dengan isteri yang cantik, suami yang tampan atau anak-anak yang bijak pandai? Penilaian kejayaan ini, mempengaruhi hidup seseorang individu. Jika kejayaan itu dinilai kepada keindahan semata, maka anda mungkin tersilap. Adakah orang yang cacat itu tidak berjaya? Adakah orang yang tidak berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA itu gagal? Adakah tiada kejayaan, jika tiada aset berjuta-juta?

Kejayaan itu suatu hidangan secukup rasa. Pahit, manis, masam dan masin terangkum dalam satu hidangan yang sangat hebat. Adakah pahit itu tidak enak? Manis itu sentiasa enak? Semuanya bergantung kepada bagaimana kita merasa, menilai dan mengambil seadanya. Abstrak bukan? Jangan menekan diri anda untuk terlalu berjaya seperti oarang lain. Anda sebenarnya akan berjaya jika berjaya menjadi diri anda sendiri. Cuma anda harus yakin dengan kehendak dan matlamat yang anda idamkan. Kejayaan yang sebenarnya adalah menjadi diri anda sendiri, menghargai diri anda sendiri, bangga dengan potensi dan ketentuan yang Allah berikan kepada anda. Ingat, bangga bukan bererti sombong, tetapi dengan erti kata untuk menjadikan diri lebih yakin dan mampu berhadapan dengan segala bentuk cabaran yang mendatang.

Selamat berjaya saya ucapkan kepada semua.
Kepada sahabat-sahabat seperjuangan di dalam Takaful Ikhlas, InsyaAllah, kita mampu untuk mencapai target lebih hebat pada tahun kewangan ini.
Kepada sahabat-sahabat MCL, kita masih punya banyak masa untuk siapkan dissertation.
Kepada semua pembaca, ayuh buktikan pada diri sendiri.
InsyaAllah, Allah tidak pernah mensia-siakan doa hamba2Nya yang ikhlas.
Entry ini sbg peringatan kepada saya, supaya sentiasa kuat dan bersemangat.
Moga saya juga berjaya menjadi diri saya sendiri.. Ameen

0 comments: