CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday, March 9, 2012

Saya hanya ada Allah yng Tahu tentang saya

Sudah lama saya tidak mencoret sesuatu di sini. Telah pelbagai perkara saya alami dan lalui, tanpa sempat saya rakam di sini. Sesetengahnya masih segar dalam ingatan dan sanubari saya. Terutama saat lamaran diterima, saat akad dilafazkan, saat saya bergelar ibu. Sungguh indah saat itu. Saya ingin mengingati hanya yang indah2 belaka. Boleh kah saya? Saya ingin lupakan segala yang sedih2. Bolehkah saya? Tapi, hati saya tak menipu, mata sy tidak mampu menahan air mata dari terus mengalir. Saya kalah saat ini.


Kenapa saya tidak diberi peluang membela diri. Biarlah org melihat hanya buruk saya. Biarlah begitu, sbb memang saya seorng yg tidak baik. Tapi saya juga mempunyai sekeping hati.. Argghhhh, biarkan sahaja saya dan hati ni. Saya sudah penat. Lelah bertahan dengan perasaan yg entah apa2 saat ni. Biarkan saja….. Saya sudah ok sekarang. Saya tingglkan semua di blog ini, teruskan hidup saya, kejar apa yg saya inginkan..Biarkan pilu itu berlalu kerana saya ada Allah yang sangat Tahu tentang saya..

Thursday, October 14, 2010

Positif..:)..

Salam untuk diriku dan seluruh alam..

Lama benar saya tidak up date blog ini. Sunyi setelah kemunculan fb..:).. Apa yang ingin saya bebelkan hari ini yer? Peringatan tentang rezeki.:).. Entah untuk kali ke berapa, saya ditanya tentang hala tuju kerjaya saya. Seperti biasa, saya menjadi org yg mudah goyah dengan prinsip yg saya tanamkan dalam diri saya. Apa yg saya inginkan? Bagaimana halatuju masa depan kerjaya yg saya impikan? Adakah saya mampu untuk mengharunginya? Bagaimanakah rezeki saya di masa depan? Arghhh...semua itu memenatkan otak saya... Susah untuk saya berikan jawapan, kerana masa depan itu rahsia Allah.. Hujah saya amat senang, usaha dan selebihnya berserah kepada Allah. Tapi ternyata, belum memberikan ketenangan yang total dalam jiwa saya. Sementelah pula, saya merancang untuk mendirikan rumah yang bertangga sedikit masa lagi. Lebih banyak pertimbangan yang saya perlu saya buat setelah itu.

Saya selalu mengingatkan diri saya. Laluan ini saya pilih bukan sehari dua. Bahkan berbulan-bulan lamanya. Bukan saya membuat keputusan membuta tuli, tapi setelah saya yakin dengan solat hajat dan istikharah yang saya lakukan dan pada ketika itu saya terlalu yakin, Allah telah memberikan jawapan yang benar kepada saya. Tapi, setelah saya melalui jalan itu, bermula 2006 sehingga saat ini, kenapa dalam hati masih ada ragu dan resah?

Hari ini, saya membulatkan tekad. Jalan harus ke depan, bukan ke belakang. Saya tidak mahu memikirkan perkara2 yg memenatkan fikiran, hati, otak, limpa dan paru-paru saya. Saya ingin enjoy, ingin hidup selamber dalam struggle, saya ingin sentiasa hepi, saya tak nak terikat dengan saper2, saya adalah saya. Saya nk buat sahaja, buat dan buat apa yg saya sedang buat sekarang... Saya cuma perlu lebih fokus dan rajin. Saya yakin, saya mampu untuk atasi semua ini, yakin boleh berjaya seperti org lain.. Saya yakin, rezeki Allah ada di mana-mana. Apa yg saya perlu lakukan? Saya hanya perlu POSITIF dan POSITIF dan POSITIF......Yeeeeessss...............

Monday, April 5, 2010

Kenali potensi diri yang tersembunyi...
















Bagaimana anda membongkar potensi diri anda

Ramai orang yang mampu berjaya, tetapi bertindak seperti tidak mahu berjaya.
Ramai juga yang tanpa disedari, oh, rupanya dia sudah berjaya.
Ramai pula yang sangat ingin berjaya, tetapi tidak juga berjaya.
Ramai orang berjaya dan merasakan dirinya paling hebat, na'uzubillah
Ramai yang sangat berjaya, ingin berkongsi kejayaan dengan orang lain
Ramai sungguh yang tidak tahu, bagaimana untuk harus berjaya, oh sungguh malang
Ramai lagi yang berlagak seperti berjaya, tetapi sebenarnya hampeh

Kategori manakah kita? Bagaimana untuk kita berjaya, jika kita tidak mampu untuk menyelongkar dan membongkar rahsia di sebalik potensi diri yang kita ada. Berapa ramai antara kita, yang pernah menyenaraikan kelebihan yang kita miliki dan terus menampalnya di satu ruang atau sudut yang membolehkan kita membaca sekurang-kurangnya 3 kali sehari? Beginilah caranya bagaimana kita memprogramkan minda separa sedar yang kita miliki.

Hakikatnya, semua orang mengetahui bahawa dia mempunyai potensi tertentu di dalam hidupnya. Hakikatnya juga, setiap orang ingin berjaya setelah tanpa disedari atau dengan disedari mengakui potensi diri yang dimilikinya. Namun, kenapa tidak juga mereka berjaya? Perlu diingat disini, tahu dan sedar dua perkara yang berbeza. Tahu, sekadar mengiyakan perkara itu wujud. Sedar, mengiyakan, merasakan, menghadam serta memberikan satu momentum untuk segera bertindak.

Ramai juga yang sedar dan cuba bertindak, tetapi hanya separuh jalan. Belum sempat melakar kejayaan, sudah berundur ke belakang. Padahal, dia berpotensi besar untuk berjaya di dalam bidang yang dipilih itu. Kenapa ini berlaku? Kerana dia tidak berjaya memprogramkan minda separuh sedarnya dengan lebih baik. Kuasa minda, akan mempengaruhi kuasa perasaan seterusnya, mengalirkan perasaan yang membuak-buak dengan semangat itu kepada saraf-saraf dan otot-otot anggota badan untuk segera bertindak. Lalu, tangkaplah semangat tersebut di dalam ruang tawakal yang dipagari dengan 2 disiplin kejayaan iaitu fokus dan konsisten.

Jika anda sudah mempunyai kekuatan ini, anda akan tidak takut untuk gagal setelah berusaha dengan hebat sekali. Ini adalah kerana, jika gagal, itu adalah petunjuk yang baik bahawa anda telah berjaya berusaha. Belajar daripada kegagalan dan berusaha untuk bangkit daripada kegagalan, tetapi awas, jangan jatuh dilubang yang sama untuk kesekian kali. Anda berhak ke atas diri anda.

Bagaimana pula kita menilai sesuatu kejayaan itu? Adakah dengan wang yang bejuta, atau dengan pangkat yang tinggi, atau dengan rumah yang besar, atau dengan isteri yang cantik, suami yang tampan atau anak-anak yang bijak pandai? Penilaian kejayaan ini, mempengaruhi hidup seseorang individu. Jika kejayaan itu dinilai kepada keindahan semata, maka anda mungkin tersilap. Adakah orang yang cacat itu tidak berjaya? Adakah orang yang tidak berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA itu gagal? Adakah tiada kejayaan, jika tiada aset berjuta-juta?

Kejayaan itu suatu hidangan secukup rasa. Pahit, manis, masam dan masin terangkum dalam satu hidangan yang sangat hebat. Adakah pahit itu tidak enak? Manis itu sentiasa enak? Semuanya bergantung kepada bagaimana kita merasa, menilai dan mengambil seadanya. Abstrak bukan? Jangan menekan diri anda untuk terlalu berjaya seperti oarang lain. Anda sebenarnya akan berjaya jika berjaya menjadi diri anda sendiri. Cuma anda harus yakin dengan kehendak dan matlamat yang anda idamkan. Kejayaan yang sebenarnya adalah menjadi diri anda sendiri, menghargai diri anda sendiri, bangga dengan potensi dan ketentuan yang Allah berikan kepada anda. Ingat, bangga bukan bererti sombong, tetapi dengan erti kata untuk menjadikan diri lebih yakin dan mampu berhadapan dengan segala bentuk cabaran yang mendatang.

Selamat berjaya saya ucapkan kepada semua.
Kepada sahabat-sahabat seperjuangan di dalam Takaful Ikhlas, InsyaAllah, kita mampu untuk mencapai target lebih hebat pada tahun kewangan ini.
Kepada sahabat-sahabat MCL, kita masih punya banyak masa untuk siapkan dissertation.
Kepada semua pembaca, ayuh buktikan pada diri sendiri.
InsyaAllah, Allah tidak pernah mensia-siakan doa hamba2Nya yang ikhlas.
Entry ini sbg peringatan kepada saya, supaya sentiasa kuat dan bersemangat.
Moga saya juga berjaya menjadi diri saya sendiri.. Ameen

Tuesday, February 23, 2010

Cream puff

Assalamualaikum...

Kisahnya, ada jamuan 'house warming' angah and kak dayah (lupa plak nk amik gambr umah yg cantiiikk bangat tu)..waduh2....Hmmm, tak tahu nk bawa buah tgn apa. Kebetulan plak, memang dh lama janji dengan Kak Azian, nk belajor wat Cream Puff ni. Haa, apa lg, belajar lah hujung minggu tu....:D.. Kak azian ni, memang pandai sangat buat mcm2 jenis kek, roti, kuih, tart etc.. Hari tu, masa besday kak teh azeah, sempat saya tempah cheese cake.. Cayalah..kalah secret recipe..:).
Sekarang ni, kak azean tgh wat blog... dalam proses lg. bleh ar nnti visit homebakerecipes165.blogspot.com (rasa betul dah ni)..nnti check blik..Lagipun, dlm proses lg tu..hihihi...hmm, tengok lah hasil kat bawah nii...



Proses pertama: Cara membuat adunan

Sebelum dibakar...hihi..cantik nyer corak dier..

Nak penuhkan ruang & habiskan adunan...

Perlu ada skill maaa....:)

Batu belah batu bertakup, Belahlah aku, letak cream dalam aku..hihihi..

Macam2 bentuk..sbb awal2 mcm tak berapa jd..Last tu, lawaaaa..sedap pun sedap...
Cream puff presentation - tabur snow sugar lagiiii...

Thursday, January 7, 2010

Rack Your Brains..


Assalamualaikum untuk seluruh alam...

Rehat sebentar dari memerah otak... Melayan blogspot yg dah lama tak di up date.. Rasanya minggu ini sahaja, sel2 dan neuron2 dalam otak semakin bercambah. Alhamdulillah.. Tapi masih belum dimaksimakan penggunaannya...

Masa yang ada hanya sehingga bulan March. Harap 'new financial year' bermula 1 April 2010 membuahkan hasil terbaik mengejar impian umrah. Alhamdulillah, masih lagi Allah berikan peluang melepasi target 'ar-rasyidun' untuk tahun ini. Huh, masa yg amat kritikal...

Tahun baru ini, banyak perkara lama yg belum selesai, harus dikendong bersama. Belum lagi dikira azam baru yg makin menambahkan bebanan tanggungjawab. Tapi, pesanan 'dia' sering membisikkan azimat semangat "ada hati, semua jadi. Yg penting, kena consistent"... InsyaAllah, bit by bit, one by one, lama2 setel semuanya.. Ameen..

Tadi, jumpa dengan ustaz Taufiq. "Bagus enti buat dissertation. Ana salute lah org yg pilih untuk nulih ni. Kerja ni tok susoh. Sapo buleh fokus, consistent, 2 syarat ni ada, confirm berjaya". Lagi kata-kata penguat semangat. Kali ni, dapat carrel room. Sampai 1 Feb 2010 sahaja dibenarkan kuarantin diri dalam ni. Harap banyak membuahkan hasil...

Kini, saya lebih menikmati kehidupan sebagai student. Indahnya amat lain berbanding di UM dulu. Agaknya, fikiran makin matang, peluang dirasakan makin banyak. Rasa dunia ini sentiasa senyum ceria kepada saya. Alhamdulillah....

Pengurusan Kewangan Islam

PENGURUSAN dan perancangan adalah suatu yang amat mustahak dalam semua urusan kehidupan lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan harta atau kewangan. Kegagalan mengurus dan merancang sebenarnya seseorang itu mengurus dan merancang untuk kegagalan. Kegagalan merancang harta atau kewangan dengan bijak dikenal pasti antara punca mudahnya seseorang itu terperangkap dengan pelbagai masalah dalam kehidupan. Seseorang yang mempunyai perancangan dalam menguruskan kewangannya akan memperoleh gambaran yang jelas tentang kedudukan kewangan terkininya, memberi hala tuju yang tepat mengenai matlamat kewangan yang ingin dicapai yang akhirnya akan membolehkan seseorang itu mencapai matlamat yang diharapkan secara lebih efektif. Islam sebagai agama yang sempurna mengajar umatnya agar sentiasa mempunyai perancangan dalam menguruskan hal ehwal kehidupan mereka. Hal ini dapat dilihat menerusi al Quran dan sunnah. Antaranya firman Allah dalam surah Yusuf ayat 67. Pengajaran daripada ayat di atas antara lain ia menyentuh tentang persoalan perancangan di mana Allah menjelaskan bahawa dalam menguruskan kehidupan jangan bergantung kepada satu pendekatan semata-mata tetapi perlulah mempelbagaikan pendekatan dan strategi. Dan setelah segala persiapan dan perancangan dilakukan maka hendaklah bertawakal kepada Allah. Ayat 47-48 di dalam surah yang sama Allah menegaskan pentingnya perancangan sebelum menghadapi atau melakukan sesuatu malah perlu bijak dalam menguruskan kehidupan agar tidak susah di kemudian hari. Di dalam ayat 9, surah al-Nisa' juga Allah tegaskan perkara yang sama bahawa perlunya mempunyai perancangan untuk masa depan keluarga dan hendaklah bijaksana dalam menguruskan harta/kewangan. Sebagaimana dalam surah al Hasyr ayat 18. Ayat ini cukup jelas menyentuh tentang kepentingan perancangan dalam kehidupan, kerana masa depan bergantung kepada perancangan kita hari ini selain daripada ketentuan Allah. Harta dalam Islam Dalam Islam mengurus dan membelanjakan harta adalah antara amanah Allah. Ia adalah satu keperluan yang bertujuan mencapai kehidupan yang diberkati. Perspektif yang tepat terhadap harta akan memastikan seseorang itu mencapai bahagia di dunia dan di akhirat menerusi hartanya. Harta mempunyai kedudukan yang sangat mulia di sisi Islam. Islam menggalakkan umatnya memiliki, menghasil dan menggunakan harta dengan baik dan bijaksana. Dari kaca mata Islam, harta adalah alat untuk menjamin keselesaan hidup manusia di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Ia juga merupakan wasilah untuk mencapai takwa. Allah juga menganugerahkan harta kepada manusia untuk menguji manusia itu sama ada bersyukur atau sebaliknya sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah dalam surah al-Munafiqun ayat 9. Di samping mengajar manusia agar mempunyai perspektif yang jelas terhadap harta, Islam juga mengajar manusia agar mempunyai pandangan yang betul terhadap kehidupan. Hal ini penting bagi memastikan kehidupan mereka bermatlamat dan arah tuju yang jelas. Islam menggariskan agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh untuk membangun dan membina kehidupan yang bahagia dan harmoni. Ini dijelaskan dalam surah Hud ayat 61. Islam juga menyeru agar menjadikan kehidupan ini dapat memberi manfaat kepada orang lain sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sebaik-baik kamu adalah yang paling banyak memberi manfaat". Di dalam ajaran Islam, dunia adalah tempat sementara yang hanya sebagai jambatan untuk ke akhirat, dunia sebagai tempat bercucuk tanam dan akhiratlah tempat untuk menuainya. Walaupun dunia bersifat sementara, Islam dengan pelbagai kaedah dan pendekatan mengajar umat manusia supaya mempunyai status sosial dan ekonomi yang baik. Oleh itu, Islam memerintahkan supaya harta dan kehidupan diuruskan dengan baik dan bijaksana. Jika sebaliknya ia akan menjadi faktor keruntuhan manusia dan kemurkaan Allah seperti dalam surah Saba' ayat 15 - 16 dan surah al-Nisaa' ayat 10 dan 161. Konsep pengurusan harta Secara umumnya ada lima aspek atau elemen utama pengurusan harta secara Islam. Pertama, Penghasilan Harta (Wealth Creation). Sebagai seorang Muslim yang sejati, Islam menggalakkan umatnya mencari harta dan tidak hanya pasrah pada qada' dan qadar seperti di dalam surah al-Juma'ah ayat 10. Kedua, Pengumpulan Harta (Wealth Accumulation) atau dengan erti yang lain bermaksud pengembangan harta. Adalah tidak wajar jika harta yang kita ada disimpan begitu saja tanpa mengembangkannya. Pengembangan harta boleh dilakukan melalui simpanan dan pelaburan di institusi kewangan. Malah Islam menggalakkan umatnya untuk membuat simpanan serta melaburkannya sebagaimana dalam surah Yussuf ayat 47-48. Ketiga, Perlindungan Harta (Wealth Protection). Setiap manusia harus mempunyai matlamat dalam kehidupan dan pasti salah satu daripadanya ialah untuk dapat kehidupan yang selesa dan terjamin dari segi kewangan sepanjang hidup. Sebagai jaminan hidup di dunia ini selain mempunyai simpanan dan harta yang mencukupi, diri kita dan harta kita juga harus dijaga daripada sebarang musibah dan perkara-perkara yang tidak diingini. Keempat, Pengagihan Harta (Wealth Distribution). Islam memperuntukan beberapa cara atau kaedah untuk pengagihan harta sebelum atau selepas mati. Antara instrumen perancangan harta adalah wakaf, wasiat, hibah dan sebagainya. Kelima, Penyucian Harta (Wealth Cleansing). Sebagai seorang Muslim kita tidak sewenang-wenang membelanjakan atau mempergunakan mengikut kehendak dan hawa nafsu. Ini kerana setiap harta ada hak-hak yang tertentu untuk dibahagikan seperti berzakat dan amal jariah kita seperti sedekah. Ini terbukti dalam surah al-Baqarah ayat 195. Pengurusan kewangan Islam Pengurusan kewangan yang bijak itu adalah yang dapat mengimbangi perbelanjaan dan pengurusan hutang, pelaburan yang mengikut syariah dan pendapatan yang mendapat keberkatan. Perlu diingatkan bahawa merancang dan mengurus ini merupakan sunnah. Dari sudut semasa, industri perancangan kewangan telah lama wujud di Malaysia tetapi bukan dalam bentuk satu disiplin profesional seperti yang ada sekarang. Diperakui oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) sejak tahun 2004 apabila SC menjadikan perancangan kewangan sebagai satu aktiviti yang memerlukan lesen. Perancangan kewangan adalah satu aktiviti yang dikawalselia oleh undang-undang. Individu yang ingin menjadi "Perancang Kewangan Bertauliah" perlu mendapat lesen daripada SC (Jadual 2, Capital Markets and Services Act 2007). Secara lebih mendalam, perancangan kewangan itu merujuk kepada 'Perancang Kewangan' sebagai "seseorang yang membuat analisis kedudukan kewangan individu lain dan mencadangkan perancangan pelan kewangan agar individu berkenaan mencapai matlamat dan objektif kewangannya." (Suruhanjaya Sekuriti). Secara ringkas, perancangan kewangan Islam itu ialah "satu proses di mana matlamat kewangan keseluruhan individu digunakan untuk membangun dan melaksanakan pelan yang holistik untuk mencapai matlamatnya yang mematuhi syariah dan akhirnya mendapat keberkatan daripada Allah" (Mahadzir Ahmad, majalah VISI, Bilangan 95) Perancangan kewangan yang didasarkan kepada Islam matlamat akhirnya menjadikan aspek kewangan sebagai satu wasilah mencapai hasanah di dunia dan di akhirat. Justeru, untuk memastikan matlamat ini dapat dicapai maka pelan perancangan perlu mengambil kira perbelanjaan untuk kemaslahatan sendiri seperti keperluan jasmani dan rohani, perbelanjaan untuk kemaslahatan orang lain seperti nafkah, sedekah dan juga perbelanjaan untuk kemaslahatan umum seperti membina masjid, hospital dan sebagainya. Secara yang lebih sistematik perancangan kewangan dari perspektif Islam perlu mengambil kira komponen-komponen berikut; pengurusan kredit dan aliran tunai, pengurusan risiko dan perancangan takaful, perancangan pelaburan Islam, perancangan zakat dan cukai , perancangan persaraan dan perancangan harta pusaka dan wakaf. Secara umumnya, ada dua aspek utama yang dititikberatkan oleh Islam dalam hal-hal yang bersangkutan dengan pengurusan harta, iaitu bagaimana harta itu diperoleh. Ia mestilah menerusi kaedah pemilikan yang sah dan jual beli, pelaburan secara Islam, hadiah dan sebagainya. Aspek kedua adalah bagaimana harta itu dibelanjakan, sama ada untuk kebaikan ataupun untuk perkara-perkara yang dilarang Allah. Perkara ini dapat dilihat menerusi sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidak akan berganjak kedua-dua kaki anak adam pada hari kiamat sehingga ditanya tentang umurnya pada apa ia dihabiskan, tentang usia mudanya pada apa digunakan dan tentang hartanya dari mana ia diperoleh dan bagaimana ia dibelanjakan dan tentang ilmunya pada apa ia diamalkan?" Oleh itu, aspek utama yang perlu diambil kira di dalam perancangan kewangan Islam adalah memperoleh keberkatan. Harta yang melimpah ruah tidak membawa apa-apa erti jika tidak ada padanya keberkatan, malah harta boleh menjadi fitnah, boleh menjadikan seseorang itu sentiasa berasa tidak cukup sehingga sanggup melakukan apa sahaja termasuklah rasuah, penyelewengan dan sebagainya. Keberkatan Sebaliknya, harta yang berkat walaupun sedikit akan membawa ketenangan dan memberikan kesan yang baik dalam segenap kehidupan. Keberkatan bermaksud mendapat restu, keredaan atau rahmat dari Allah SWT. Bagi mendapat keberkatan dan rahmat tersebut, sewajarnya kita mematuhi serta mentaati setiap perintah Allah. Namun keberkatan boleh hilang jika melakukan perkara yang menyalahi apa yang digariskan oleh Allah SWT seperti terlibat dengan riba dan melakukan dosa serta mengabaikan solat. Kesimpulannya, untuk menikmati kehidupan yang selesa dan bahagia kita perlulah mempunyai perancangan kewangan yang sempurna.