CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday, December 4, 2009

Mok...



Assalamualaikum untuk diriku dan seluruh alam... Baru enam hari mata saya sakit. Kata mak, kurang2 7 hari baru baik biasanya. Hmm, dah lama tak sakit mata, kali terakhir entah bila, sudah lupa. Balik kg, raya ke 3, mata bengkak, sampai tak leh bukak. Adik2 tanya, saper yg belasah? hehehe.. Dah besar pjg adik2 upernyer.. Tersedar untuk kesekian kalinya...

Yang lagi menyedarkan saya ketika ini ialah tentang usia. Tempoh lama atau singkat yg diberikan oleh Allah buat pinjaman manusia. Seringkali saya mendengar nasihat daripada ustaz, saudara dan rakan. Tidak sedikit yg memesan kepada saya supaya berdoa, agar Allah tidak panjangkan usia kita sehingga akal yg waras menjadi lupa dan nyanyuk. Bimbang, kalau2 perubahan tingkah laku, keterbatasan kudrat atau faktor kesihatan akan menyebabkan anak2 menderhaka di dalam sedar atau tidak. Benar, seorang bapa dan ibu boleh menjaga sepuluh anak tapi sepuluh anak belum tentu dapat menjaga seorng ibu atau bapa. Satu lagi ketidakadilan yg sering terjadi di dunia ini.


Saya kembali berfikir, adakah benar atau tidak saranan doa ini. Mengapa tidak kita tukar sahaja doa ini, dengan memohon agar Allah menjadikan kita anak2 yg sentiasa taat dan sabar dengan segala ketentuan dan karenah ibu bapa. Juga berdoa supaya dikurniakan anak2 yg sanggup menjaga kita semasa sihat atau sakit, di saat tua atau perkasa. Juga berdoa, jika dipanjangkan usia, jauhkanlah kita daripada sifat pelupa, nyanyuk dan sebagainya. Supaya tiada anak cucu yg berdosa kerana cuba menderhakai atau membenci kita. Pendapat semua ada benarnya.


Saya melihat ini, pada nenek saya yang semakin hari semakin uzur. Sejak kecil, saya dijaga oleh nenek yg saya panggil 'mok'. Usia saya memasuki TASKA, sehingga hari ini, saya tinggal bersama mok. Dulu, saya gemar sekali nasi goreng yg mok masakkan. Cekodok yg sangat lembut dan gebu enak dimakan dengan sos. Setiap kali raya, mok akan buatkan ketupat daun palas. Paling saya tidak lupa, singgang daging mok yg tiada tolok bandingnya. Menu yg tak pernah miss ialah ikan rebus goreng atau ayam goreng pula mesti bahagian kepak atau dada. Lempeng mok juga sedap, langsung tidak melekat pada kuali, walaupun tanpa minyak. Menu daging kicap digaul dengan telur dengan sedikit rasa kari, langsung tak pernah terfikir oleh saya. Chef wan pun tak tahu resepi ni agaknya. hehehe. Semua ni, menjadi kerinduan saya. Entah bila kali terakhir mok memasak, memanaskan minyak di dalam kuali.Masa itu berlalu, tanpa saya sedari. Tapi rutin harian mok memasak air dengan cerek letrik, penuhkan ketiga-tiga termos dengan air panas, masih lagi diteruskan. Kegemaran mok, teh tarik pekat yg paling kaw, dengan teh o manis sentiasa menghiasi meja makan di rumah kami sehingga hari ini. Aduhai...


Setiap kali pulang ke kg, saya melihat perubahan usia mok dengan segala keterbatasan. Sedikit lucu, bila mok bersungguh-sungguh mengatakan saya ini anaknya padahal saya inilah cucu yg dibelanya sedari kecil. Lucu di dalam sayu. Bukan sekali mok hampir rebah bila menuruni anak tangga dapur dan bilik mandi. Hampir setiap hari juga mok lupa dimana dompetnya. Yang terbaru juga kehilangan gigi palsu bahagaian bawah. Akibatnya, mok tak boleh makan benda2 keras, mengunyah pula seperti bayi kecil, comel sekali bila diperhati.

Saya semakin melihat tanda2 kurang daya ingatannya. Bila dihidang dia makan, bila ditanya katanya belum makan. Berkali-kali bertanya soalan-soalan yang sama juga mengulang cerita-cerita yg sama. Sesekali perangainya seperti anak2 kecil yg perlukan belaian dan perhatian. Saya amat sayangkan dia, sepenuh hati saya. Mok sudah berusia 85 tahun. Bila sakit, sepertinya dialah yg paling banyak menyebut tentang mati. Lalu tidak akan terlepas mengucapkan kalimah syahadah. Saya tidak dapat bayangkan kehidupan tanpa dia. Mohon agar Allah memanjangkan usianya di dalam kesihatan tubuh badan dan akal fikiran serta di dalam iman dan taqwa kepada Nya. Moga Allah mengasihi dia. Ameen...

Thursday, October 29, 2009

Takziah buat sahabat

Assalamualaikum...

Masih saya rasa dingin dahi suci Allahyarhamah Nur Fatimah. Sempat saya mencium dahinya dan mengusap pipi lembut itu. Pasti dia sedang bahagia di syurga, sedang mendoakan mama dan baba, menanti masa untuk memimpin tangan mama dan baba ke syurga. Pasti mama dan baba bangga, punyai anak suci ini. Takziah kepada dua sahabat, Khadijah dan Ramadhan..

Lambat menulis entry ini. Seperti lidah kelu untuk berkata, jari kaku untuk menaip. Ujian ini, tidak disangka hadir, sehingga semua kami turut merasa sedih. Tapi kami yakin dua sahabat ini insan terpilih. Moga disisi Allah hikmah yang terbaik.. Ameen... Menjadi peneroka memang perlu sentiasa tabah.


Wednesday, September 2, 2009

Bila lah agaknya yer...

Salam untuk diriku dan seluruh alam...

Hmm...bila lah agaknya nak dapat camera SLR sebijik ni...
Hmm...bila lah agaknya nk dapat peluang round dunia ambil gmbr banyak2 dgn camera baru...
Bulan puasa ni, kena doa banyak2 lah...
InsyaAllah, ada peluang...
sabar huda...sabar...

Friday, August 28, 2009

Motor Neuron Disease

Salam untuk diriku dan seluruh alam...

Semalam, saya menziarah seorang 'kakak' yang menghidap Motor Neuron Disease. Penyakit ini merupakan salah satu penyakit saraf yang memberikan kesan yang sangat teruk kepada pesakit jika ia berterusan. Penyakit ini akan membunuh sel-sel saraf dan otot-otot yang penting di dalam sistem badan. Kemusnahan saraf dan otot dalam badan ini lama kelamaan dan sedikit demi sedikit akan menyebabkan pesakit tidak mampu untuk mengunyah, menelan, bercakap, berjalan dan bernafas. Pesakit juga akan mengalami kemerosotan berat badan dan lama-kelamaan badan akan mengecil disebabkan kemusnahan otot ini.

"Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul". Kami tiba di rumahnya sudah agak lewat, menghampiri jam 4 ptg. Jarak antara Gombak dan Puchong agak jauh, ditambah pula dengan hujan dan kesesakan bulan puasa, memberikan peluang untuk saya dan Hanani berbuka puasa di dalam kereta. Dapat jugalah saya berbuka dengan sahabat saya sejak dari MMP lg..:D..Selalu kalau dirancang tak menjadi.. Nani, thnx for de drink. Mcm tahu2 jer aku suka nescafe panas..hehehe...

Kedatangan kami disambut dengan senyuman Kak Sue. Sekali pandang, tiada riak sedih atau sakit pun diwajahnya. Hanya keceriaan menyambut ketibaan kami walaupun tidak kami maklumkan terlebih dahulu. Bercakap dengan Kak Sue, banyak mengajarkan saya erti hidup. Walaupun kelihatannya dia ceria, masih lagi saya rasakan getar suara yang berusaha menahan sebak dan senyuman manis yang cuba untuk menutup resah hati itu. 'Redha' dengan ujian bukan bermakna kita tidak boleh untuk sedih. 'Redha' dengan ujian bukan bererti kita tidak boleh meluahkan isi hati kepada orang lain. Bukankan melepaskan sesuatu yang terbuku di hati juga boleh meningkatkan lagi rasa 'redha' kita kepada ujian yang Allah berikan. Saya belum tentu setabah Kak Sue. Saya belum tentu se'redha' kak sue. Moga Allah sembuhkan kesakitan yang dialaminya. Moga Allah temukan penawar yang berkesan kepada kak sue. Semoga keluarga beliau dilimpahi dengan keberkatan dan kesabaran.

Siapa tahu dia akan diuji begini. Kak Sue sendiri pun tiada pengetahuan itu. Hanya Allah sahaja yang Maha Tahu dan Maha berkuasa. Siapa kita untuk menafikan hak dan kehendak Allah, jika Dia menghendakkan kesembuhan kepada kak sue. Walaupun sejuta pakar perubatan berkata tiada harapan, tetapi bila Allah berkata kun, fayakun. Jangan putus harap kepada Allah. Sepatutnya yakin dan usaha. There can be miracle when you believe.

Saya tidak mampu untuk menolong yang lain. Hanya sekadar berdoa kepada Allah. Tiada guna saya berkata 'Alangkah bagusnya jika semasa sihat dulu, kak Sue mengambil polisi takaful'. Boleh membiayai kos perubatannya'. Kesalan saya tentang hal ini... Lagi-lagi kesalan saya jika orang lain disekeliling saya juga tidak dapat saya bantu... Lalu saya harus bagaimana...

Ramai yang melihat ejen takaful seperti saya ini sepertinya ingin mengambil kesempatan. Salahkah saya mengambil peluang untuk sekadar bercerita, bukan memaksa. Biar saya bercerita dulu, soal keputusan terletak ditangan mereka. Saya bukan menjual barangan. Bahkan saya mengajak semua menjaga barangan yang sangat berharga yang sudah dimiliki oleh semua, iaitu SIHAT.. Masa SIHAT sebelum SAKIT. Just prepare... Kesudahan kita adalah rahsia Allah. Jalan menuju kesudahan itu, boleh kita tentukan dengan keputusan yang kita buat kini.. Tidak salah untuk sentiasa bersedia.....




Tuesday, August 11, 2009

Ini sgt serius...

Salam..Pesanan drpd seorang ustaz, amalkan ayat ke 58, surah yaasin. Amlakan 28 kali sehari, mohon pada Allah dijauhkan daripada segala bala dan wabak...Semoga Allah memelihara kita semua.. Ini sgt serius...

Sunday, August 9, 2009

'Past' and 'advance'.....

Salam untuk diriku dan seluruh alam...

Jumaat Mei dan Ogos... Pertemuan geng gosip sedunia. Aper citer kitaorg ni? Heheheh..mentang2 lah tak gi solat jumaat... Ambil peluang jalan2 cari makan di The Weld n Menara Hup Seng.. Hr tu nyer lom sempat upload..Kih2..2 in 1.. Past and advance.. Thanks geng..korang memang best walaupun aku kena tahan telinga..adeeehhh...


Allaahumma baarik lana fi ma rozaqtana wa qina adzaabannaar..
Ameen..Jemput makan ssemua..:)




Nyam2...best nyer kak teh belanja..mekacih daun keladi..hehehe

Terima kasih untuk hadiah yg sangat istimewa..huhu..lom baca hbs lg..:(..
Irni punya design tak leh up load ar..sedeyy..huhu

Huhu..terharu, ibu mengandung sanggup ke satay Kajang..huhu..tenkiu Anis and Azizi

Alhamdulillah, di atas nikmat usia...
Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya...
Moga Allah merahmati kalian...
Terima kasih atas segala tanda ingatan dari kalian...
Moga Allah memberkati kalian...


Kali ni, sebab 30 Ogos puasa, tak bermakna tak leh wat awal..Heheh..apa citer kat sisters kitchen ni? Punya lah meriah makanan...:)..

Taraaaaa.....:)




Kak Teh, thn2 depan, kira pusing jer lah nombor tu yer..:p

Waaahhh, banyak nya makanaaan..Kak Ros, dah boleh makan ker?..:)
(Versi upin ipin)
... Che Yin, apa kat hujung tu..spoil betol laaarr..:p

Waaahh...best nyer Mas belanja...mekacih don keladi..:)

Yaaaahhh..ini lah masanya.. Bayangkan aku gigit org yg pernah buat aku geramm...ggggrrrr.....

Mak oi c.da....memang betul laah, letak sebiji terus lg beesssttt...Hampeh betul, sampai kembong2 pipi aku..:p

Ehem2...sebenarnya, bukan nk tunjuk roti sgt pun...Nak tunjuk cincin kekasih hati aku bg ni jer....kuang3...

Haaaa...ini baru nk tunjuk hidangan lazat...kihkihkih...

Jomm...potong chheeezzz keeeeekkkkk.....

Ehem2.....Perempuan Melayu terakhir...ehem2...

eleh che yin, setakat cincin tu, tak heran lah....tengok aku punya gelang ni, lg besau....hahahaha...

Perempuan Melayu terakhir takkan riyak punyer....Hehehehe...
Dalam Hati.."Haaii..harap2 Nizam paham, lengan aku tu, kosong jer...:p"

Haii....ingat org tak tahu ker, che yin tu, bercakap2 dlm hati pasal gelang aku nii...ekehkehekeh

Biaar lah korang mak 2 dan isteri 2.... Aku tangkap gambar lg bagus..Kan c.da? Betul3...(versi kak ros..:p)

Hehehehe...rasakan korang...rasakan kek niii...hehehehe

Alhamdulillaahh...dah selesai....jom balik...

Uikss.....jangan marah I tau... U all lambat upload.... Apa lg.....hahahaha...
Thanx semua....che yin, kak teh, acik mas, wani, bonda walaupun last minute tak dpt join..huhuhu...korang semua memang best...:D


Thursday, July 23, 2009

Hadza Sabiilii...

Salam untuk diriku dan seluruh alam...

Tepu rasanya fikiran saya hari ini. Tapi ini jalan yg saya pilih..
Ingat janji Allah.. "inna ma'al 'usri yusro..".. Allah, mudahkanlah urusan hamba ni..

Thursday, July 16, 2009

Kepada geng2 RM

Salam untuk diriku dan seluruh alam...

Sambil menikmati kuey tiow tomyam, di depan saya saat ini, masjid bulat, kenangan terawih masa dok kat RM dulu..sama2 merempit, tapi pakai telekong semayang.. Rock tak geng?..:p.. Rindu saat itu.. Apa kabar semua geng2 RM? Che Puteh, Min, Ina, Yan, Eli, Zai, Hasnah, Cik Il, Mama, Achik, lydia... Juga yg selalu dtg memeriahkan RM, Reen, Kak Teh dll? Rindu bangat sama kalian.. Bila nk jumpa lg yer...

Tom yam ni sedap, tapi kurang enak, sbb makan sorang2.. Jomlah, aku belanja korang makan..Kih2..Kejap lg ada training class kat Takaful Ikhlas.. Ni lah kehidupan aku sekarang geng.. Harap bleh jumpa lg nanti...

Salam ukhuwwah fillah...

Sunday, July 12, 2009

Masihkah ada maaf itu untuk saya

Salam untuk diriku dan seluruh alam...

Perbualan saya dgn seorang sahabat sbntar td sgt menghiris hati. Sudah lama saya ingin berhubung dengan dia, semenjak peristiwa itu. Sudah bersangatan lamanya saya ingin meluahkan apa yg terpendam dalam hati saya. Ternyata, dia sepertinya masih terkesan dengan cerita dulu. Tapi saya akan sentiasa berpegang pada katanya, "cukuplah dr jauh aku intai mung". Bermakna dia tidak akan membuang sy jauh2 sbg seorang shbt. Cuma dia sangat dan sangat berjauh hati dengan saya. Saya harap dia akan membaca blog saya ini.

Entah lah, saya menjadi seorng yg sgt tidak sabar dengan karenah dia pada satu masa dulu. Saya yakin saya faham kondisi dia. Sampai sekarang saya yakin saya memahami dia, walaupun dia merasakan sebaliknya. Cuma salah saya sbb tidak sabar. Bagaimana sy nak menafikan kelemahan seorg manusia seperti saya ini.

Demi Allah, saya sgt sayang dia sebagai sahabat. Saya yakin, dia juga begitu. Siapalah saya untuk membuatkan dia maafkan saya. Siapalah saya untuk membuatkan dia lupa pada perselisihan kami ini. Tapi, saya masih berharap, segalanya akan kembali seperti dulu, kerana segalanya kerana kasih dan sayang.

Saya sebetulnya sangat tension saat itu, dengan sedikit masalah yg memberatkan hati dan fikiran. Memang manusia sering membuat kesalahan. Kesalahan itu banyak mengajar dan mematangkan kita. Tapi pada kebanyakan masa, kita tidak mampu memilih kepada siapa dan bila kita akan berbuat kesalahan itu. Lalu, secara tidak sedar, saya memilih dia untuk berbuat salah dan secara tidak sedar juga ia datang sewaktu emosi yang bercampur2 dengan beberapa masalah lain. Walaupun sejuta pengakuan saya tentang salah saya, tapi saya tidak mampu memaksa dia untuk memaafkan saya. Lalu saya harus bagaimana?

Buat sahabat-sahabat yg masih mahu meletakkan diri saya sebagai sahabat kalian, jika saya tersalah, mohon ditunjuk ajar, tolong jgn buang saya. Kalau saya terkasar bahasa, mohon ditegur diri saya, jgn jauhkan diri daripada saya. Kalau saya seakan tidak mengenali diri saya, kenalkan lah saya pada tempat asal saya, jangan larikan diri dari saya.
Kerana saya manusia biasa..Kerana saya tidak sempurna...

Thursday, June 25, 2009

Takaful Ikhlas disburses RM411,000 to cancer patient beneficiary

Source: Bernama, 11th June 2009

Nor Rashidah Salleh, who passed away from cancer in October last year, made the right decision by participating in the takaful insurance coverage plan in 2007.

As a result of her foresight, Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS) disbursed the sum of RM411,409.49 to her beneficiary, Mohd Razib Ali, 50, in settlement of her claim entitlement recently.

In the spirit of the idiom ’saving for a rainy day’, takaful insurance coverage prepares one for the uncertainties of the future, Takaful IKHLAS President and Chief Executive Officer, Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman said in a statement Thursday.

“Indisputably, nothing can take the place of a mother’s love. Nevertheless, proceeds from the deceased’s takaful entitlement will be of help to her beneficiaries at this time of need,” Syed Moheed said.

The late Nor Rashidah had subscribed to a takaful scheme in which profits derived from investments made by Takaful IKHLAS under the scheme would be distributed to the participants or their beneficiaries.

According to Mohd Razib, the money received from the takaful claim will be used for his children’s education.

Sunday, May 24, 2009

Laryngoscopy dan gigi

Salam untuk diriku dan seluruh alam...
Banyak perkara yang berlaku, tidak sempat untuk diabadikan dalam blog ini.
Balik kampung baru-baru ni, mok (nenek) saya dikejarkan ke emergency. Kenapa? Oh, jangan pandang enteng soal tercekik tulang. Ini tulang ayam, bukan tulang ikan. Percaya atau tidak? ini gambarnya...


3 hari melihat keadaan mok, hati diruntun pilu. Tidak boleh makan dan minum. Seteguk air pun satu penyeksaan baginya. Al-kisah, malam tu, saya 'terkalut-kalut' membuat persiapan untuk pulang ke KL. Seperti biasa, mok pun kalut sama. Ditambah pula, ada masalah gusi bahagian bawah, menyukarkan mok memakai gigi palsunya. Dengan gigi palsu atas sahaja menjadikan kunyahannya terhad. Tanpa sedar, tulang yang bersalut isi memasuki ruang kerongkong tanpa sempat memberi isyarat kepada gigi palsu (tanpa pelekat polident..:p) dan isyarat otak berkata, telan, telan cepat-cepat, cucu dah nak naik bas tu...tiba-tiba mok mengerang sakit, aku panic. terus membawa mok ke klinik seterusnya ke emergency di Hospital Kota Bharu. Keesokan hari baru dirujuk kepada pakar dan hari yang berikutnya menjalani operation melalui kaedah laryngoscopy.


Alhamdulillah, segalanya dimudahkan Allah, walaupun beberapa risiko kemungkinan akan berlaku kepada warga emas berumur 85 tahun seperti mok. Antara risiko yang dinyatakan seperti, kesan lama ubat bius, kecederaan tulang melalui kaedah laryngoscope tersebut, kecedaraan bahagian mulut atau patah gigi (ini mustahil sebab gigi palsu..hehehe). Mok dipantau selama dua hari selepas operation. Terima kasih kepada tenaga doktor di HKB terutama bahagian ENT. Moga Allah berkati dunia akhirat. Ameen ...

Selingan: Kenapa kebanyakan perempuan yang memakai gigi palsu? Sebab masa mengandung, kalsium dalam badan ibu, banyak diberikan kepada baby. Justeru, ibu perlu banyak mengambil susu saat mengandung. Itupun, kalau ibu tiada masalah alahan. Tapi, kebanyakan ibu, bermasalah untuk mengambil susu kerana alah dan muntah menyebabkan ibu kekurangan kalsium. Tapi, ibu ini redha asalkan baby sihat. Kepada para suami, adakah bersedia untuk melihat satu demi satu gigi-gigi isteri tertanggal dari gusi? hehehehe... Terimalah isteri seadanya... 'erti hidup pada yang memberi..' So, kepada isteri dan bakal isteri pulak, jangan tunggu masa mengandung sahaja baru nak ambil susu. Mulakan dari sekarang...caiyukk....!!!!

http://drleen.wordpress.com/2008/02/12/mitos-dan-fakta-tentang-gigi/

Mitos dan Fakta tentang gigi

Ada banyak mitos-mitos yang berkaitan dengan gigi yang pernah saya dengar..kadang kala ianya berlaku secara kebetulan dan orang akan menyangka ianya satu penyebab. Kadangkala pula ia diketahui dari orang-orang tua. Adakah semuanya mitos atau sememangnya benar? Kita ikuti satu persatu.

Mitos: Cabut gigi atas akan menyebabkan rabun
Fakta : Pencabutan gigi atas tak kira gigi hadapan atau belakang tidak akan menyebabkan rabun kepada mata. Kita boleh melihat apabila cahaya yang masuk ke dalam mata terus fokus pada lapisan retina. Kita menjadi rabun kerana cahaya itu masuk dan fokus di hadapan atau belakang lapisan retina. Kebanyakkan rabun adalah bersifat keturunan. Cabut gigi atas memang tidak akan menyebabkan rabun, jika ianya terjadi, ia hanyalah kebetulan sahaja.

Mitos: Pencucian ( scaling ) gigi yang kerap menyebabkan gigi nipis

Fakta: Alat yang digunakan utk mencuci gigi tidaklah bersifat tajam. Ianya bergetar untuk menanggalkan karang gigi yang keras seperti simen dan melekat pada gigi. Jadi pencucian yang kerap iaitu 6 bulan sekali tidak akan menipiskan gigi. Gigi boleh terhakis jika di berus dengan berus yang keras dan juga jika berus dengan kuat setiap hari.

Mitos:Pencucian gigi yang kerap menyebabkan gigi makin goyang
Fakta: Gigi bergoyang disebabkan tulang yang memegang gigi telah berkurangan. Ini berpunca daripada karang gigi yang melekat pada gigi. Lama kelamaan karang gigi itu sangat tebal dan memegang keseluruhan gigi-gigi yang bergoyang menyebabkan gigi-gigi tersebut nampak seperti tidak bergoyang. Jadi bila karang gigi itu dibersihkan, maka gigi terasa seperti lebih bergoyang. Jika selalu cuci gigi, maka karang itu susah nak terjadi dan tulang akan sihat seterusnya gigi tak bergoyang

Mitos : Jika tak cabut gigi susu sebelum gigi kekal tumbuh, gigi anak akan tak tersusun
Fakta: Gigi susu yang goyang menandakan gigi kekal sudah semakin hampir ke permukaan dan juga akar gigi susu tadi telah dihakis oleh gigi kekal. Ianya boleh tercabut sendiri ataupun dicabut oleh dr gigi apabila masa utk gigi tu tanggal telah tiba. Jika dicabut terlalu awal, ia boleh menyebabkan gigi kekal nanti tak tersusun kerana ruang yang sepatutnya utk gigi kekal itu tumbuh sudah semakin kecil disebabkan gigi lain bergerak ke ruangan itu. Gigi yang tak tersusun biasanya disebabkan oleh keturunan ( rahang kecil, gigi besar) dan juga kerana gigi dicabut terlalu awal.

Mitos: Jika gigi susu rosak, elok dicabut sahaja kerana akan diganti oleh gigi kekal
Fakta:
Gigi susu sama sahaja fungsinya dengan gigi kekal iaitu untuk mengunyah makanan. Ianya sama penting dengan gigi kekal untuk memastikan tubuh badan mendapat nutrisi sepenuhnya untuk tumbesaran. Jika dicabut, beberapa masalah akan timbul. Pertama, susah nak makan kerana sudah tiada gigi. Kedua, gigi kekal akan lambat tumbuh kerana lagi lambat menembusi gusi berbanding jalan yang telah dibuat oleh akar gigi susu. Ketiga, akan menyebabkan gigi kekal tidak terusun.

Mitos: doktor gigi suka membuat lubang kecil pada gigi jadi besar
Fakta:
Lubang pada gigi kadangkala nampak kecil sahaja tetapi di dalamnya sudah kosong. Bila doktor gigi membersihkan semua bahagian yang rosak, maka nampaklah lubang itu semakin besar.

Mitos: Gigi palsu lagi senang dipakai dan tahan lama
Fakta:
Gigi palsu tidak akan tahan selama-lamanya kerana lama kelamaan tulang dan gusi akan mengecil, jadi gigi palsu akan menjadi semakin longgar dan perlu di ganti dengan yang baru.

Mitos: Tidak boleh buat rawatan pergigian jika mengandung
Fakta:
Rawatan pergigian seperti cuci, tampal boleh dibuat pada bila2 masa saja termasuklah semasa mengandung. Rawatan yang memerlukan pesakit duduk terlalu lama atau rawatan yang susah seperti cabutan secara pembedahan, rawatan saraf eloklah di elakkan semasa mengandung di 3 bulan pertama dan 3 bulan terakhir.






Thursday, April 9, 2009

Why do we read Quran, even if we can't understand a single Arabic word????

Why do we read Quran, even if we can't understand a single Arabic word???? This is a beautiful story.

An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Quran. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.

One day the grandson asked, "Grandpa! I try to read the Quran just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur'an do?"

The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, "Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water."

The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, "You'll have to move a little faster next time," and sent him back to the river with the basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead.

The old man said, "I don't want a bucket of water; I want a basket of water. You're just not trying hard enough," and he went out the door to watch the boy try again.

At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty. Out of breath, he said, "See Grandpa, it's useless!"

"So you think it is useless?" The old man said, "Look at the basket."

The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out.

"Son, that's what happens when you read the Qur'an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives..."

Tuesday, April 7, 2009

Kalimah Allah di telinga Aslam

Alhamdulillah....Syukur pada Allah atas segala kesempurnaan ini. Masih segar dalam ingatan, jam 3pg 28 Feb 2009, Abe Die bawa Kak Na ke hospital Sg. Buloh setelah merasakan tanda2 awal kelahiran. Sepanjang hari, hanya menunggu di ruang emergency. Tempoh ini, dia amat teruji. Katil tidak diberi sebab penuh, terpaksa menunggu giliran. Hanya kerusi sahaja menjadi teman menghilang lenguh dan tempat berpaut menahan sakit semasa kontraksi. Berkali-kali saya di rumah yg ketika itu menjadi babysitter anak sulungnya menelefon. Masih tiada tanda-tanda untuk diberi perhatian segera. Sehinggalah petang itu sekitar jam 6ptg, baru lah diberi tempat di dalam wad. Memang saya tersangat bengang dengan keadaan ini. Entahlah siapa yg patut dipersalahkan...

Keesokan harinya, saya sedikit tenang mendengar khabar. Jam 3 pg keesokannya, 29 Feb 2009, Kak Na disorong masuk ke Labor Room.
Kali ini, kontraksi semakin kerap dirasakan. Tahap kesakitannya meningkat dari semasa ke semasa. Namun masih juga tiada tanda2 untuk segera melahirkan. Orang lain yg lebih lambat masuk, lebih awal keluar membawa baby masing2. Kami masih lg menanti khabar gembira. Tidak putus2 kami di sini dan di kampung memanjatkan doa supaya segalanya selamat. Resah hati ni, jangan cakap laah. Tak tahu nk cerita. Abe Die pula tidak dibenarkan masuk ke dlm, maklumlah, hospital gomen. Alhamdulillah, pg itu, hampir sahaja azan subuh dilaungkan, Kak Na selamat melahirkan seorang bayi lelaki, seberat 3.5 kg, secara normal. Dan di telinga baby tersebut terbentuk seperti kalimah Allah. Saya kongsikan gambarnya di sini. Telinga di sebelah kiri agak jelas dan kanan kurang jelas.












Friday, April 3, 2009

Adakah ini fitnah? Adakah dia dayus?

Assalamualaikum w.b.t

Saya terpanggil untuk memberikan sedikit komen terhadap rancangan2 TV yg rata2nya tidak memberikan manfaat kepada penonton. Lebih berat lagi, bukan sahaja tidak memberikan manfaat, malah memberikan pengaruh-pengaruh dasyat, fitnah terhadap agama dan terlebih parah lagi apabila boleh membawa kepada syirik kepada Allah..

Hari ini, saya ingin mengulas 2 perkara yang saya rasakan penting: Fitnah kepada agama dan suami yang dayus.

Drama Yusuff di TV3.
Iya, bukanlah Nabi Yusuf a.s yg dimaksudkan. Tetapi, ceritanya sedikit sebanyak mempunyai persamaan dengan kisah Nabi Yusuf a.s kecintaan kita, yg diceritakan di dalam al-Quran. Bagi mereka yg tentunya mengetahui kisah Nabi Yusuf, akan jelas memahami sejarahnya. Tetapi, bagaimana pula yg tidak pernah tahu atau yg hanya cetek pengetahuan mereka terhadap sirah para nabi?

Alangkah malang dan jahilnya, jika mereka beranggapan sirah Nabi Yusuf dan kisah drama bersiri ini sebagai sama. Pada saya, ini adalah satu pembohongan yang maha dasyat dan fitnah terhadap agama. Walaupun penerbit drama atau penulis skrip atau sesiapa sahaja yg terlibat di dalam drama ini menafikannya, tapi saya tetap menyatakan bahawa, mereka salah. Yusuf, kisah dibuang keluarga, kisah digoda oleh perempuan, kisah tampan, dari mana mereka mengadaptasikan cerita ini kalau bukan daripada sirah nabi mulia kita? Kemudian, mereka menokok nambah, mengubah berdasarkan citarasa mereka sendiri tanpa menyedari bahawa mereka sedang melakukan kerosakan yang nyata... Kerosakan apa lagi yg mereka akan buat nanti?


Ke 2, kisah suami yg dayus...
Saya bukanlah suka untuk berkata begini. Tetapi, sekali terpandang hati saya tertanya2 perihal suaminya, tiada perasaan marah ker, atau tiada rasa bersalah ker, atau tiada rasa cemburu ker? Apabila saya melihat seorang perempuan yg memakai baju yg kononnya 'up to date' mendedahkan bahagian dadanya kepada umum dengan fesyen berkemban cara millenia, 'posing' maut atas sofa kemudian berdiri lagi melenggang lenggok menayangkan aurat , sambil diperhatikan dengan penuh gaya yg konon2nya macho oleh 7 orang lelaki termasuk suaminya sendiri, fauzi Nawawi. Bangga kah Fauzi melihat isterinya begini? Atau dayus kah dia, membiarkan isterinya begini? Mudah2 an Allah memberikan hidayah kepada mereka. Bahagia di dunia sahaja tidak cukup. Apa yg penting keredhaan Allah di dunia dan akhirat...

Ini bukan kali pertama perkara seperti ini diamalkan. Belum lg kita berbicara tentang 'red carpet', anugerah itu dan ini, persandingan dan resepsi, adegan pegang2, peluk2 yang rata2 menjadikan wanita sebagai bahan tontonan umum. Kalau cantik dipuja dan dipuji, yg hodoh dikeji dan dibenci. Sepertinya, ini perkara biasa pada golongan-golongan yg belum diberikan kekuatan pada iman mereka. Cuma kebetulan saat ini, kita dihidangkan dengan drama bersiri baru melibatkan pasangan yg saya sebutkan di atas ini. Baru sekali saya menonton tetapi bukan menekun. Cuma mengisi masa berborak kosong di waktu petang bersama teman-teman di rumah ini.

Dunia apakah ini? Ingin saja saya lari ke planet lain, kalau saya punya pilihan. Tapi, pilihan sebenar ada di dalam hati kita. Mudah-mudahan Allah tetapkan iman dan hati kita dilorong kebenaran. Mudah-mudahan juga Allah memimpin kita semua ke jalan yg benar. Memilih untuk mencari yg halal itu sgt berkat. Jangan risau tentang rezeki kerana Allah yg memiliki segalanya. Jika kita sanggup tinggalkan pekerjaan yg tidak berkat, tidak halal atau syubhah, insyAllah, Allah akan sedia mudahkan jalan di depan. tinggal lg, yakin, usaha dan tawakal.. Hidup mesti selamber, jgn terlalu risau, tp tetap perlu struggle..:)

Thursday, March 26, 2009

IBU MISALI

Kisah ini, sungguh menyentuh hati saya...


OLEH NORHASHIMAH HASHIM


PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya, telah terkalung pingat "Ibu Misali". Tangan kanannya menggenggam erat satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi.

"Sekarang ...," suara pengacara majlis bergema kembali, "Tibalah kita kepada penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir. Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. "

Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu. Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.

Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka dijemput?

Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.

Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang penerima sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas.

'Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang akan menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang dipakainya.'

Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak.

Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku notaku. Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk memastikan penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku. Filemnya masih ada. Baterinya masih dapat bertahan.

Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar dan majalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada dalam tangan masing-masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas pentas dan anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan, memberi salam.

Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduk semeja denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat mereka balas. Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling selesa.

"Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah, kerana dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang gilang-gemilang ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak penganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai, salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini."


Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada percakapan gadis itu.

"Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah kebencian itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak angkat saya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang paling malang , disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh mak angkat untuk membantu menjaga anak-anak kandungnya"


"Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedang pergi balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Persoalan itu pasti akan terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakaman video yang memaparkan kehidupan anakanak kandung mak. Sebelum itu, saya harus menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukan terdiri daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga "Ibu Misali" yang baru menerima anugerah sebentar tadi."

Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran.

"Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!" suara hadirin semakin kedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman.

"Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot ke ruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut pada dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur ke dalam bilik itu, ialah Abang Andak."

"Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal dan mental abangabang dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak boleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi yang baru lahir hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan, bercakap pelat-pelat, seperti budak berumur satu atau, dua tahun."

Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya.

"Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah menjangkau usia 20-an dan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengan sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makan dan, pakai mereka."

"Sewaktu saya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburui abang-abang, dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewa daripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakit hati melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu sendiri."

"Mirah dah besar, kan ? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri, kan ?" Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya. Namun, kelembutan itu telah menyemarakkan api radang saya

"Tapi, mak tak adil!" Saya kerap membentak. "Mak buat segalagalanya untuk kakak- kakak dan abang- abang. Kalau untuk Mirah, mak selalu berkira!"

"Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Mereka cacat!" Berkali-kali mak menegaskan kepada saya. "Sebab itulah mak terpaksa membantu mereka."


"Mereka cacat apa, mak?" Saya membeliakkan mata kepada mak. "Semua anggota mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka tidak buta. Yang betulnya, mereka malas, mak!"

"Mirah ... Mirah belum faham, sayang." Suara mak akan menjadi sayu tiap kali dia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi, kesayuan itu tidak pernah mengundang rasa simpati saya.

"Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalu bodoh. Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun cuma sekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan atau menukar kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah ikhlas menolong.
Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu. Jika makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakak terkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampin mereka, tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka. Saya tahu mereka tidak pandai mengadu perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu, memang saya langsung tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dan kakak-kakak. Kepada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya."

"Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak." Saya pernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun.
"Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah orang lain. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi."

"Mereka anak-anak mak, Mirah. Jadi, maklah yang patut jaga mereka, bukan petugas-petugas di rumah kebajikan." Begitu reaksi mak setiap kali saya mencadangkan hal itu.

"Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi pendirian mak.
Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluar yang telah sedia terentang di hadapannya."

"Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya, semasa saya berusia dua belas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat bangun. Ayah terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik. Lalu, saya ditinggalkan untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak di rumah.
Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang lemah, berkali-kali mak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa memberi abang-abang dan kakak-kakak makan, dan menukar kain lampin mereka."

Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk mendengar cerita gadis itu.

"Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sama abang-abang dan kakak-kakak, selama lebih kurang lima jam. Jangka masa itu cukup menyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakak benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long enggan makan. Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik mencirit saja. Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik main air ketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya dibuatnya. Kak Anjang pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air.
Penat saya membersihkannya. "


"Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh saya lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah. Saya terus melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di sebelah rumah mak. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu kacau, saya akan ke rumah ibu untuk mencari ketenangan."

"Ibu!" Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu. "Kenapa ibu bagi Mirah kepada mak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mirah, bagilah Mirah pada orang lain yang lebih menyayangi Mirah, bukan mak."

"Mirah!" Ibu merangkul saya. " Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang ibu bagi Mirah kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Mirah."

"Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabila situasi itu berlaku. Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit teruk setelah melahirkan saya. Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak yang telah menjaga saya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat sendiri betapa gembiranya mak dapat menjaga seorang anak normal.

Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan kami."

"Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang pintar dan cerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula dengan menjaga Mirah. Lagipun, dengan menyerahkan Mirah kepada mak, ibu masih dapat melihat Mirah membesar di hadapan mata ibu, walaupun Mirah tinggal bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu rasa, mak lebih menyayangi Mirah berbanding dengan anak anaknya yang lain."

"Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Mirah? Ibu tahu tak yang Mirah ni tak ubah seperti hamba di rumah tu?"

"Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mirah. Ibu tahu sekali-sekala saja mak membebankan Mirah dengan kerja-kerja rumah dan tugas menjaga abang-abang dan kakak-kakak Mirah. Itu pun Mirah buat tidak sesungguh hati. Nasi mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang, dan kakak-kakak kena lempanglah."

"Mak adu semua kepada ibu, Ya?" Saya masih mahu berkeras meskipun saya tahu saya bersalah.

"Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mirah kepada ibu. Ibu sendiri yang kerap mengintai Mirah dan melihat bagaimana Mirah melaksanakan suruhan mak."

"Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu."

"Ibu malu, Mirah. Ibu mengharapkan kehadiran Mirah di rumah mak kau itu dapat meringankan penderitaan mak.

Tetapi, ternyata kehadiran Mirah di rumah itu menambahkan beban mak."

"Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu."

"Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mirah, jauh lebih baik daripada apa yang diberi kepada anak-anaknya sendiri. Mirah dapat ke sekolah. Kakak-kakak dan abang-abang Mirah hanya duduk di rumah. Mirah dapat banyak pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang lain pakaiannya itu-itulah juga. Setiap kali Mirah berjaya dalam peperiksaan, mak sungguh gembira. Dia akan meminta ibu tolong menjaga abang-abang dan kakak-kakak kerana dia nak lihat Mirah terima hadiah."

"Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan kerana saya tidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar malu."

"Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih daripada ibu kandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak mendapat pembelaan yang diharap- harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran baru." "Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh selama ini,saya dapati mak yang belum sembuh betul sedang melayan kerenah abang-abang dan kakak-kakak dengan penuh sabar. Saya terus menghilangkan diri ke dalam bilik kerana saya dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam bilik, saya terus resah-gelisah. "

"Mirah," panggilan lembut mak seiring dengan bunyi ketukan di pintu bilik saya. "Mirah."

"Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam mata, pura-pura tidur."

"Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik saya dibuka. "Mirah dah tidur rupa-rupanya! Kesian. Tentu Mirah letih menjaga abang-abang dan kakak- kakak semasa mak, ke klinik siang tadi. Maafkan mak, sayang. Mak tahu Mirah masih terlalu muda untuk memikul beban seberat itu. Tapi, keadaan benar- benar terdesak pagi tadi, Mirah. Mak janji, lain kali mak tak akan kacau Mirah lagi. Mak akan meminta ibu atau orang lain menjaga abang- abang dan kakak-kakak kalau mak terpaksa tinggalkan rumah"

Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus mengusap-usap dahi saya. Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka mata dan menatap wajah mak ketika itu.

"Mirah, mak tahu Mirah tak bahagia tinggal bersama-sama mak."

Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya. Kemudian, setitik lagi gugur di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan itu kian rancak gugur menimpa serata muka dan leher saya.

"Walau apa pun tanggapan Mirah kepada mak, bagi mak, Mirah adalah segala-galanya. Mirah telah menceriakan suasana dalam rumah ini. Mirah telah menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali berharga. Mirah telah. ..."

"Mak!" Saya lantas bangun lalu memeluk mak. Kemudian, tiada kata-kata yang lahir antara kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sedu-sedan dan esak tangis.


Peristiwa pada hari itu dan, pada malamnya telah mengubah pandangan saya terhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula merenung dan menilai keringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak- kakak dan abang- abang serta belajar menghormati dan, menyayangi mereka.

Keadaan dewan menjadi begitu sunyi seperti tidak berpenghuni sejak gadis itu berbicara.

Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan penilaian darjah lima , saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah, di sebuah sekolah berasrama penuh. Saya telah menolak tawaran tersebut.

"Kenapa Mirah tolak tawaran itu?"

"Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Mirah boleh belajar dengan sempurna?"

"Betul tu, Mirah. Di sana nanti Mirah tak akan berdepan dengan gangguan daripada abang-abang dan kakak-kakak! "

"Mirah tak menyesal ke, kemudian hari nanti?"

Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak berkelip-kelip memandang saya.

"Mak, ayah." Saya menatap wajah kedua-dua insan itu silih berganti.

"Mirah ingin terus tinggal di rumah ini. Mirah ingin terus berdamping dengan mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak. "

"Tapi, boleh ke Mirah buat ulang kaji di rumah? Pelajaran di sekolah menengah itu, bukannya senang." Mak masih meragui keupayaan saya.

"Insya-Allah, mak. Mirah rasa, Mirah dapat mengekalkan prestasi Mirah semasa di sekolah menengah nanti," balas saya penuh yakin.

Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka terlopong. Mata mereka terus memanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih terpamer pada wajah mereka. Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk terus menjadi pelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik yang baik.


Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin cuba membebaskan saya daripada kerjakerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas menjaga makan pakai abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya terganggu. Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk membantu, lantaran didorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa.

Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita dengan penuh semangat, apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu mendengar ceritanya dengan penuh minat.

"Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu saya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia . Di sana saya membuat pengkhususan dalam bidang pendidikan khas. Bidang ini sengaja saya pilih kerana saya ingin menabur bakti kepada segelintir pelajar yang kurang bernasib baik. Di samping itu, pengetahuan yang telah saya peroleh itu, dapat saya manfaatkan bersama untuk abang-abang dan kakak-kakak. "

"Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka duka, sebagai seorang guru pendidikan khas di kampung saya sendiri. Saya harus akui,segulung ijazah yang telah saya miliki tidak seberapa nilainya, berbanding dengan mutiara-mutiara pengalaman yang telah mak kutip sepanjang hayatnya."

"Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak. Pun begitu, hati ini sering tersentuh apabila beberapa kali saya terdengar perbualan mak dan Ayah."

"Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita tak ada, bang?" suara mak diamuk pilu.

Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, "Entahlah. Takkan kita nak harapkan Mirah pula?"

"Mirah bukan anak kandung kita." Mak meningkah. "Kita tak boleh salahkan dia kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya. "

"Mirah nak tegaskan di sini, mak, yang Mirah akan membela nasib abang-abang dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang mereka bukan saudara kandung Mirah. Tapi, tangan yang telah membelai tubuh Mirah dan tubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang telah menyuapkan Mirah dan mereka, juga tangan yang sama. Tangan yang memandikan Mirah dan mereka, adalah tangan yang sama, tangan mak."

Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah jambu itu, tunduk sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Kebanyakan hadirin, khususnya wanita turut mengesat air mata mereka.

Gadis itu menyambung bicaranya. Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenai pencalonan anugerah "Ibu Misali" dalam akhbar. Saya terus mencalonkan mak, di luar pengetahuannya. Saya pasti, kalau mak tahu, dia tidak akan merelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih untuk menerima anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan terdiri daripada orang-orang yang disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak- anak "Ibu Misali" yang lain.

"Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui mempunyai banyak duri dan, ranjau berbanding dengan ibu-ibu lain. Betapa keimanan mak tidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat. Tiada rasa kesal. Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah-menyalahkan antara mak dan ayah."

"Maafkan Mirah sekali lagi, mak. Hingga ke saat- saat terakhir tadi, mak masih tidak menyenangi tindakan Mirah mencalonkan mak, untuk menerima anugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil lebih-lebih lagi setelah mak mendengar pengisahan "Ibu Misali" pertama, kedua dan ketiga. Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga anak-anak mak bukan kerana mahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak adalah amanah Tuhan."

"Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk anugerah ini, bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya cuma berharap kegigihan dan ketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu-ibu lain, terutama ibu-ibu muda yang senang-senang mendera dan mencampakkan anak mereka yang cornel, segar-bugar serta sempurna fizikal dan, mental."

"Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakam penghargaan saya kepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya sebagai salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini. Semoga pemilihan mak ini akan memberi semangat baru kepada ibu-ibu lain yang senasib dengan mak."

"Sekian, wassalamualaikum warahmatullah. "

Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara.

Penku telah lama terbaring. Buku notaku telah lunyai dek air mataku sendiri. Bahuku dienjut-enjut oleh sedu- sedanku. Pandanganku menjadi kabur. Dalam pandangan yang kabur-kabur itu, mataku silau oleh pancaran cahaya kamera rakan semejaku. Aku segera mengangkat kameraku dan menangkap gambar secara rambang tanpa mengetahui sudut mana atau, apa sebenarnya yang telah menarik perhatian wartawan-wartanan lain.


'Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau seharusnya berusaha mendapat skop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau sendiri.'
Terdengar pesanan satu suara dari dalam diriku.

Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku notaku mencari helaian yang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai penku semula.

"Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yang tidak sunyi dari ombak dan badai. Sekarang, dijemput Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa dengan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan "Ibu Misali" untuk menyampaikan anugerah "Ibu Misali" serta beberapa hadiah iringan kepada Puan Afifah Rashid. Yang Berbahagia Puan Sri dipersilakan. "

Nurul Humairah membantu maknya bangun. Kemudian, dia memimpin maknya melangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa. Lutut maknya menggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya menahan perasaannya dia terduduk kembali di atas kerusi.

Melihatkan itu, Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa sendiri datang mendapatkan Puan Afifah, lalu mengalungkan pingat itu. Setelah itu, beliau menyampaikan beberapa hadiah iringan. Air mata Puan Afifah berladung.

Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan. Sejurus kemudian, seorang demi seorang penerima anugerah "Ibu Misali" sebelumnya, naik ke pentas bersalaman dan berpelukan dengan Puan Afifah. Bertambah lebatlah hujan air mata penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir itu.

Tuesday, March 24, 2009

Antara dua makna...

Antara kek dan donuts...Dua makna yg berlainan..tapi sangat2 bermakna...:D

Kek coklat moist kukus..
1st attempt ni, sempat ambik gambar. 2nd attempt, lupa plak nk ambik..huhuu.. Disebabkan tak der oven, kena kukus kek ni. Kalau tuan puan nak try resepi ni, silakan... Awal2 keluar pengukus, naik dia, fulamak, penuh loyang tu. Bila dah sejuk, turun balik..kih3.. rasa2nya, kek kukus memang cam gitu kot.. Tapi, kawan2 cakap, best. Nanti bleh improve lah lg... cuba lah, tak rugi...


Nyam2....sangat moist...:D.. dah kena belasah suku drpdnya..:)

Bahan-bahan ( size loyang 18cm ) tp saya punyer 20 cm..ok jugak lah
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cwn serbuk koko van houten
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 kotak susu coklat (250ml)
  • 2 biji telur (size M)
  • 1 cawan gula halus (kalau tanak manis, kurangkan lg)
  • 1/2 cawan butter
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan minyak masak (kalau bleh guna minyak sayur)

  • TOPPING

  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan serbuk koko van houten
  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu besar susu segar

Cara-caranya ialah:
  1. Pukul telur,gula dan butter sampai kembang.Kemudian titiskan esen vanila. n pukul lg.
  2. Ayak tepung,serbuk koko dan baking powder.
  3. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur.Kaup balikkan.
  4. Masukkan susu kotak,susu pekat,minyak dan gaul sebati.
  5. Masukkan dlm loyang yg telah dilengser minyak/marjerin. Tutup dengan aluminium foil..Then kukus 45min...Dah masak sejukkan.
  6. Utk topping...campurkan semua bhn dan masak secara double boiler. Then bleh la curahkan kat atas kek yg dh sejuk td..kalau pekat, tambah kan lagi susu segar. Hiaslah apa suka...Pastu simpan dlm peti sejuk beberapa jam sebelum dipotong. Taraa...dh siap...bleh la makan....
Bigappledonuts...

Wah..tak sabar nak bukak ni...

Taraaaa...




Comel2 semua, cam sayang jer nk makan..hehehe..ada ker patut irnie suh awet..hahahah..:p poyo jer...



Tak pernah makan sebelum ni. Ada someone bagi.. Rupanya sedap lg drpd dunkin donuts... Lebih lembut dan kurang manis.. Kih2..cam promoter lak..Terima kasih daun keladi, nanti bleh bagi lagi...:p..:p...

Rindu pada mereka...

Hari ini, kembali bertugas di rumah sinar salam...Alhamdulillah... Hilang rasa rindu yg berkarung di hati, bila dapat bertemu mesra dengan penghuni di sana.. Dah 3 bulan bercuti, menunggu jadual baru.. Kontrak mengajar kali ni, sampai bulan 12. Banyak aktiviti baru yg boleh saya rancang. Kali ni, mungkin akan bekerjasama dengan En. Zol..InsyaAllah.. Mudah2 an senang segala urusan.

Hari ini, kira refresh balik perkara2 asas yg telah diajar pada tempoh yg lalu. Hm, sedikit frust, sbb ramai yg dah lupa apa yg dah diajar... Begitu lah manusia, selalu lupa.. Bila saya tanyakan rukun iman, tergagap2 menjawab. Bila disuruh baca rukunegara, amboi, laju macam keter api...Adeehh..silap sistem tarbiyyah mana ni...???? Kali ni, aktiviti melukis pokok.. pokok yg akarnya kukuh terpasak di bumi.. Saya cuba memberikan perumpamaan akar yg kukuh sebagai iman dan aqidah yg menjadi tunjang kehidupan. Moga cara ini, lebih memahamkan mereka.. Ini baru permulaan...

Tag oh tag...

[Directions: Once you’ve been tagged, you have to write a blog with 16 random things, facts, habits or goals about you. At the end choose 16 people to be tagged, listing their names and why you chose them. Don’t forget to leave them a comment or tag them in your note to read this]

Assalamualaikum...

Nampaknya, saya agak lewat menjawab tag ni. Alhamdulillah kesihatan dan masa saya kembali mengizinkan saya berkongsi 16 rasa dengan semua, especially Mama Hana..hehehe..Seminggu lebih saya tidak bertenaga akibat denggi.. Terima kasih kepada keluarga, kerabat dan sahabat2 yang bertanya kabar, mengambil berat kesihatan saya..Terasa amat disayangi..:) Alhamdulillah...


Ok mama Hana, sila lah baca 16 random things yg mungkin ciplak idea mama Hana..kihkih:


1. Nama penuh saya Nurul Huda Abdullah @ Abdul Aziz. Masa dulu2 selalu org tanya, eh, perenang ker? Tapi haram, aku memang tak tahu berenang..huhuhuhu...dalam besen bleh lah...

2. Sangat bercita2 untuk pandai berenang, tunggang kuda dan memanah/menembak.. Bila entah nk pandai semua sukan2 sunnah ni..Bonda, bila nkgi berenang lg kat UIA? Nk ituttt...

3. Sekarang sepenuh masa jd wakil Takaful Ikhlas. Lebih glemer, org sebut, ejen takaful.. Pekerjaan yg mendapat mcm2 tanggapan dr org ramai.. Ada yg cakap, wah, ejen takaful, kaya lah.. Ada yg cakap, ejen takaful, kenapa tak makan gaji..? Ada yg cakap, eh, belajar tinggi2, jd ejen takaful jer? Ada yg perlekeh, ada yg puji, ada yg confuse...Apa-apa jer lah...Asal aku tahu hala tuju aku...

4. Sangat minat pada bisnes. Rasa macam nk bayar zakat setiap tahuan, 1 juta...Hehehe..tapi, berjaya kah? Apakah kalau kita kaya, seperti Abdul Rahman bin Auf atau Saiyyidatina Khadijah (insyaAllah) atau seperti Qarun (na'uzubillah)? Apa2 pun, mudah2 an berkat dan mudah. Ameen.. Sehingga berjaya mencapai financial freedom sebelum usia 50...

5. Berasal dari kelantan. Kampung halaman dinamakan Ketereh (nama lain bagi buah gajus di Qlate). Tapi sebenarnya pekan, bukan kampung.kihkihkih..Anak ke 4 dari 9 beradik. Kehidupan sangat bermakna, dengan dianugerahkan keluarga yang sangat bahagia. Terima kasih yang tak terhingga kepada yg sangat disayangi ma, abah, mok 2-2, abe long, abe ngoh, kak Mila, abe Die, kak na, ariff, amir, lokman, imran, balqis dan 3 anak buah yg sangat manja dengan ibu (gelaran untuk anak2 buah), Auni, Husna, Aslam dan yg bakal lahir, moga segalanya dipermudahkan Allah..Ameen..

6. Sekarang, tinggal di Taman Gombak, bersama 5 sahabat dan sorang baby bernama Iman Hakim. Iman lah penyeri kami di villa ni. Alhamdulillah, sangat bertuah kerana masih lg dikelilingi sahabat2 handai yg masih lagi berhubu
ngan walau masing2 telah dikurniakan halatuju kerjaya dan keluarga sendiri. Kalian amat bermakna dalam hidup ini. Moga ukhuwwah berkekalan di dunia dan akhirat..

7. Saya seorang yg sukakan cabaran. Walau kadang2 saya sendiri tidak tahu, apakah mampu menghadapi cabaran ini. Saya akan serahkan segalanya pada Allah dan teruskan dengan impian dan keinginan saya, jika petunjuknya demikian. Jika saya berjaya, ia adalah satu anugerah yg sangat tak ternilai harganya. Jika saya kalah, at least saya tahu saya telah mencuba. Ia juga satu pengajaran yg akan mematangkan saya. Kehidupan ini, medan tarbiyyah...hidup memang begini...

8. Saya suka membaca novel2 dan buku2 yg membangun jiwa. Saya akan membeli, membalut dengan rapi, menulis tarikh yg saya beli, membaca, kadang2 menghafal ayat2 yg saya rasakan boleh menjadi panduan motivasi diri, menyusunnya di rak dan bercita2 untuk menjadikannya khazanah buat generasi saya di masa depan. InsyaAllah, jika diizinkan Allah...

9. Dalam keadaan2 tertentu, saya akan menjadi seorg yg perfectionist. Sehingga saya akan menyusahkan diri sendiri. Dalam banyak2 keadaan, saya suka kerja last minute. Nampak macam kontra, tapi, ini lah kelemahan saya..huhuhuhu..'aku pun confuse kdg2 tu'...

10. Bab makan, saya tak memilih. Kalau suka, ambik lebih, kalau tak berapa beghehi, sedang2 saja. Besi dan batu pun aku bleh makan..(belimbing besi & jambu batu..hehehe) Tapi, kalau bab makan nasi, memang sangat tak sempurna kalau tak der sambal belacan dan sayur. Kalau tak der sambal belacan, cili padi pun jadi lah.. Huhuhu..

11. Bab shopping ker, window shopping ker, memang aku giler...Kalau gi ke shopping mall, tempat yg paling digemari, bahagian kasut dan beg..Tapi, selalu je yg betul2 berkenan, tak seswai dengan bajet...hehehe..tak per lah, matlamat jangka panjang tu...
tapi, lately, suka ziarah menziarah butik plak.:D...ziarah jer, beli ikut keperluan..kihkihkih...nk cover line..:p


12. Apa yg saya impikan di masa depan? Secara general, seperti org lain. Ingin memiliki kehidupan yg sangat2 cemerlang dan diredhai Allah didunia akhirat, memiliki keluarga bahagia, kerjaya yang sempurna, kejayaan dalam semua aspek hidup dan mati,berjaya dalam akademik, ingin bina keluarga sendiri, mencari kesempurnaan hidup dengan gabungan 2 fikiran, melihat dengan 2 pasang mata, berjalan dengan 2 pasang kaki, mendengar dengan dua pasang telinga, bertindak dengan dua pasang tangan dan membina generasi cemerlang dunia akhirat..InsyaAllah..Secara lebih specific pula, belum lagi saya bersedia untuk berkongsi di sini. Mungkin hanya perlu dikongsi dengan orang tertentu sahaja...:D Biarlah rahsia...:D


13. Hmm..baru no 13, dah rasa kering idea plak..hehehe..jap2, nk ciplak idea mama Hana punyer..Hm..saya suka memasak dan cipta resepi baru. kadang menjadi, kadang tak menjadi. Satu kepuasan, bila org makan apa yg saya masak (walaupun kadang2 saya bukan suka sangat makan apa yg saya masak..:D).Terasa sangat dihargai, gitu..:D..Nampaknya, saya kena belajar buat pelbagai jenis resepi kek, donut atau mungkin bahulu. Kenapa? Sebab nk buka kedai kek kot..heheh..Saya sangat tak suka menjahit. Adeeeh..Tapi saya harap saya akan pandai menjahit. Berkebun? Ada cita2 untuk elokkan taman luar rumah ni. Tapi, lom ada masa lg...hukhukhuk..
Green finger ker entah aku ni?..:p

14. Saya bercita2 untuk melancong ke seluruh dunia. Saya sgt jeles dengan Faisal Tehrani. Merantau, berkelana, bermusafir untuk membongkar rahsia kehidupan, kemudian berkongsi rasa dan ilmu melalui penulisan. Saya juga suka tempat yg mendamaikan. Kawasan tasik, pohon2 menghijau, pantai dan ombak, sawah padi, bukit bukau. Sangat mendamaikan. Saya akan lepak tepi tasik UM dan sekarang tasik UIA, kalau saya ada masalah. Kalaupun tak mampu untuk selesaikan masalah saya, cukuplah sebagai sumber inspirasi. Satu lagi perkara yang saya suka buat masa tension ialah, merempit dgn PBW..alah, motor 70 cc je, mana nak laju pun..hi3.. Sekarang, PBW dah kat kg. So, sekarang saya suka pasang radio kuat2 dalam anak ikan, pastu tekan minyak kasi lawan dgn keter sebelah...Tapi, tak selalu buat, bergantung pada keselamatan jugak lah...:p


15. Saya akan jadi selamber dalam keadaan2 tertentu dan malu sampai rasa mcm tak terkawal dalam keadaan tertentu. Tapi kebanyakan masa, saya rasa, saya selamber jer kot. Hehehe..korang bleh nilai sendiri...


16. Kadang2 saya boleh jadi seorang yg berterus terang secara lisan. Kadang2 amat susah untuk saya berbuat demikian. Jadi, saya akan gunakan medium penulisan. Saya lebih senang menyampaikan sesuatu dengan menulis. Maksudnya lebih senang untuk saya luahkan. Kadang2 saya akan pendamkan saja. Kadang2 apa yg saya cakap itu, bermaksud disebaliknya, supaya tidak menghampakan orang yang tertentu.. Kadang2 saya menyesal berbuat begitu sebab,entah lah...mcm2..huhuhu. Tapi sekarang saya cuba untuk realisasikan 'erti hidup pada yang memberi' setakat mana yg saya rasa saya mampu..Entah apa-apa lah saya niii....korang yg kenal tu, nilai lah sendiri...

Saya rasa seronok plak dapat jawab tag Mama Hana. Hehehe..memang dah kering idea ni..Moga sahabat2 semua dirahmati Allah, dimakbulkan segala hajat dan impian, dunia ahirat. Ameen..


Sape yg nak kena tag lagi?

haa...

1. http://azlansajirah.blogspot.com/ (Tok Guru)

2. http://diariabah.wordpress.com/about/ (Mr. Tarabas)

3. http://hairinherlina.blogspot.com/ (Mama Muaz)

4. http://ibnunaeem.blogspot.com/ (Azaref)

5. http://ummuhuraira.blogspot.com/ (Bakal Mama)

6. http://marianour.blogspot.com/ (bonda..dah lama tak nyanyi lagu M. Nasir untuk bonda..hehehe)


Ini saja lah dulu...