CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Thursday, October 14, 2010

Positif..:)..

Salam untuk diriku dan seluruh alam..

Lama benar saya tidak up date blog ini. Sunyi setelah kemunculan fb..:).. Apa yang ingin saya bebelkan hari ini yer? Peringatan tentang rezeki.:).. Entah untuk kali ke berapa, saya ditanya tentang hala tuju kerjaya saya. Seperti biasa, saya menjadi org yg mudah goyah dengan prinsip yg saya tanamkan dalam diri saya. Apa yg saya inginkan? Bagaimana halatuju masa depan kerjaya yg saya impikan? Adakah saya mampu untuk mengharunginya? Bagaimanakah rezeki saya di masa depan? Arghhh...semua itu memenatkan otak saya... Susah untuk saya berikan jawapan, kerana masa depan itu rahsia Allah.. Hujah saya amat senang, usaha dan selebihnya berserah kepada Allah. Tapi ternyata, belum memberikan ketenangan yang total dalam jiwa saya. Sementelah pula, saya merancang untuk mendirikan rumah yang bertangga sedikit masa lagi. Lebih banyak pertimbangan yang saya perlu saya buat setelah itu.

Saya selalu mengingatkan diri saya. Laluan ini saya pilih bukan sehari dua. Bahkan berbulan-bulan lamanya. Bukan saya membuat keputusan membuta tuli, tapi setelah saya yakin dengan solat hajat dan istikharah yang saya lakukan dan pada ketika itu saya terlalu yakin, Allah telah memberikan jawapan yang benar kepada saya. Tapi, setelah saya melalui jalan itu, bermula 2006 sehingga saat ini, kenapa dalam hati masih ada ragu dan resah?

Hari ini, saya membulatkan tekad. Jalan harus ke depan, bukan ke belakang. Saya tidak mahu memikirkan perkara2 yg memenatkan fikiran, hati, otak, limpa dan paru-paru saya. Saya ingin enjoy, ingin hidup selamber dalam struggle, saya ingin sentiasa hepi, saya tak nak terikat dengan saper2, saya adalah saya. Saya nk buat sahaja, buat dan buat apa yg saya sedang buat sekarang... Saya cuma perlu lebih fokus dan rajin. Saya yakin, saya mampu untuk atasi semua ini, yakin boleh berjaya seperti org lain.. Saya yakin, rezeki Allah ada di mana-mana. Apa yg saya perlu lakukan? Saya hanya perlu POSITIF dan POSITIF dan POSITIF......Yeeeeessss...............

Monday, April 5, 2010

Kenali potensi diri yang tersembunyi...
















Bagaimana anda membongkar potensi diri anda

Ramai orang yang mampu berjaya, tetapi bertindak seperti tidak mahu berjaya.
Ramai juga yang tanpa disedari, oh, rupanya dia sudah berjaya.
Ramai pula yang sangat ingin berjaya, tetapi tidak juga berjaya.
Ramai orang berjaya dan merasakan dirinya paling hebat, na'uzubillah
Ramai yang sangat berjaya, ingin berkongsi kejayaan dengan orang lain
Ramai sungguh yang tidak tahu, bagaimana untuk harus berjaya, oh sungguh malang
Ramai lagi yang berlagak seperti berjaya, tetapi sebenarnya hampeh

Kategori manakah kita? Bagaimana untuk kita berjaya, jika kita tidak mampu untuk menyelongkar dan membongkar rahsia di sebalik potensi diri yang kita ada. Berapa ramai antara kita, yang pernah menyenaraikan kelebihan yang kita miliki dan terus menampalnya di satu ruang atau sudut yang membolehkan kita membaca sekurang-kurangnya 3 kali sehari? Beginilah caranya bagaimana kita memprogramkan minda separa sedar yang kita miliki.

Hakikatnya, semua orang mengetahui bahawa dia mempunyai potensi tertentu di dalam hidupnya. Hakikatnya juga, setiap orang ingin berjaya setelah tanpa disedari atau dengan disedari mengakui potensi diri yang dimilikinya. Namun, kenapa tidak juga mereka berjaya? Perlu diingat disini, tahu dan sedar dua perkara yang berbeza. Tahu, sekadar mengiyakan perkara itu wujud. Sedar, mengiyakan, merasakan, menghadam serta memberikan satu momentum untuk segera bertindak.

Ramai juga yang sedar dan cuba bertindak, tetapi hanya separuh jalan. Belum sempat melakar kejayaan, sudah berundur ke belakang. Padahal, dia berpotensi besar untuk berjaya di dalam bidang yang dipilih itu. Kenapa ini berlaku? Kerana dia tidak berjaya memprogramkan minda separuh sedarnya dengan lebih baik. Kuasa minda, akan mempengaruhi kuasa perasaan seterusnya, mengalirkan perasaan yang membuak-buak dengan semangat itu kepada saraf-saraf dan otot-otot anggota badan untuk segera bertindak. Lalu, tangkaplah semangat tersebut di dalam ruang tawakal yang dipagari dengan 2 disiplin kejayaan iaitu fokus dan konsisten.

Jika anda sudah mempunyai kekuatan ini, anda akan tidak takut untuk gagal setelah berusaha dengan hebat sekali. Ini adalah kerana, jika gagal, itu adalah petunjuk yang baik bahawa anda telah berjaya berusaha. Belajar daripada kegagalan dan berusaha untuk bangkit daripada kegagalan, tetapi awas, jangan jatuh dilubang yang sama untuk kesekian kali. Anda berhak ke atas diri anda.

Bagaimana pula kita menilai sesuatu kejayaan itu? Adakah dengan wang yang bejuta, atau dengan pangkat yang tinggi, atau dengan rumah yang besar, atau dengan isteri yang cantik, suami yang tampan atau anak-anak yang bijak pandai? Penilaian kejayaan ini, mempengaruhi hidup seseorang individu. Jika kejayaan itu dinilai kepada keindahan semata, maka anda mungkin tersilap. Adakah orang yang cacat itu tidak berjaya? Adakah orang yang tidak berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA itu gagal? Adakah tiada kejayaan, jika tiada aset berjuta-juta?

Kejayaan itu suatu hidangan secukup rasa. Pahit, manis, masam dan masin terangkum dalam satu hidangan yang sangat hebat. Adakah pahit itu tidak enak? Manis itu sentiasa enak? Semuanya bergantung kepada bagaimana kita merasa, menilai dan mengambil seadanya. Abstrak bukan? Jangan menekan diri anda untuk terlalu berjaya seperti oarang lain. Anda sebenarnya akan berjaya jika berjaya menjadi diri anda sendiri. Cuma anda harus yakin dengan kehendak dan matlamat yang anda idamkan. Kejayaan yang sebenarnya adalah menjadi diri anda sendiri, menghargai diri anda sendiri, bangga dengan potensi dan ketentuan yang Allah berikan kepada anda. Ingat, bangga bukan bererti sombong, tetapi dengan erti kata untuk menjadikan diri lebih yakin dan mampu berhadapan dengan segala bentuk cabaran yang mendatang.

Selamat berjaya saya ucapkan kepada semua.
Kepada sahabat-sahabat seperjuangan di dalam Takaful Ikhlas, InsyaAllah, kita mampu untuk mencapai target lebih hebat pada tahun kewangan ini.
Kepada sahabat-sahabat MCL, kita masih punya banyak masa untuk siapkan dissertation.
Kepada semua pembaca, ayuh buktikan pada diri sendiri.
InsyaAllah, Allah tidak pernah mensia-siakan doa hamba2Nya yang ikhlas.
Entry ini sbg peringatan kepada saya, supaya sentiasa kuat dan bersemangat.
Moga saya juga berjaya menjadi diri saya sendiri.. Ameen

Tuesday, February 23, 2010

Cream puff

Assalamualaikum...

Kisahnya, ada jamuan 'house warming' angah and kak dayah (lupa plak nk amik gambr umah yg cantiiikk bangat tu)..waduh2....Hmmm, tak tahu nk bawa buah tgn apa. Kebetulan plak, memang dh lama janji dengan Kak Azian, nk belajor wat Cream Puff ni. Haa, apa lg, belajar lah hujung minggu tu....:D.. Kak azian ni, memang pandai sangat buat mcm2 jenis kek, roti, kuih, tart etc.. Hari tu, masa besday kak teh azeah, sempat saya tempah cheese cake.. Cayalah..kalah secret recipe..:).
Sekarang ni, kak azean tgh wat blog... dalam proses lg. bleh ar nnti visit homebakerecipes165.blogspot.com (rasa betul dah ni)..nnti check blik..Lagipun, dlm proses lg tu..hihihi...hmm, tengok lah hasil kat bawah nii...



Proses pertama: Cara membuat adunan

Sebelum dibakar...hihi..cantik nyer corak dier..

Nak penuhkan ruang & habiskan adunan...

Perlu ada skill maaa....:)

Batu belah batu bertakup, Belahlah aku, letak cream dalam aku..hihihi..

Macam2 bentuk..sbb awal2 mcm tak berapa jd..Last tu, lawaaaa..sedap pun sedap...
Cream puff presentation - tabur snow sugar lagiiii...

Thursday, January 7, 2010

Rack Your Brains..


Assalamualaikum untuk seluruh alam...

Rehat sebentar dari memerah otak... Melayan blogspot yg dah lama tak di up date.. Rasanya minggu ini sahaja, sel2 dan neuron2 dalam otak semakin bercambah. Alhamdulillah.. Tapi masih belum dimaksimakan penggunaannya...

Masa yang ada hanya sehingga bulan March. Harap 'new financial year' bermula 1 April 2010 membuahkan hasil terbaik mengejar impian umrah. Alhamdulillah, masih lagi Allah berikan peluang melepasi target 'ar-rasyidun' untuk tahun ini. Huh, masa yg amat kritikal...

Tahun baru ini, banyak perkara lama yg belum selesai, harus dikendong bersama. Belum lagi dikira azam baru yg makin menambahkan bebanan tanggungjawab. Tapi, pesanan 'dia' sering membisikkan azimat semangat "ada hati, semua jadi. Yg penting, kena consistent"... InsyaAllah, bit by bit, one by one, lama2 setel semuanya.. Ameen..

Tadi, jumpa dengan ustaz Taufiq. "Bagus enti buat dissertation. Ana salute lah org yg pilih untuk nulih ni. Kerja ni tok susoh. Sapo buleh fokus, consistent, 2 syarat ni ada, confirm berjaya". Lagi kata-kata penguat semangat. Kali ni, dapat carrel room. Sampai 1 Feb 2010 sahaja dibenarkan kuarantin diri dalam ni. Harap banyak membuahkan hasil...

Kini, saya lebih menikmati kehidupan sebagai student. Indahnya amat lain berbanding di UM dulu. Agaknya, fikiran makin matang, peluang dirasakan makin banyak. Rasa dunia ini sentiasa senyum ceria kepada saya. Alhamdulillah....

Pengurusan Kewangan Islam

PENGURUSAN dan perancangan adalah suatu yang amat mustahak dalam semua urusan kehidupan lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan harta atau kewangan. Kegagalan mengurus dan merancang sebenarnya seseorang itu mengurus dan merancang untuk kegagalan. Kegagalan merancang harta atau kewangan dengan bijak dikenal pasti antara punca mudahnya seseorang itu terperangkap dengan pelbagai masalah dalam kehidupan. Seseorang yang mempunyai perancangan dalam menguruskan kewangannya akan memperoleh gambaran yang jelas tentang kedudukan kewangan terkininya, memberi hala tuju yang tepat mengenai matlamat kewangan yang ingin dicapai yang akhirnya akan membolehkan seseorang itu mencapai matlamat yang diharapkan secara lebih efektif. Islam sebagai agama yang sempurna mengajar umatnya agar sentiasa mempunyai perancangan dalam menguruskan hal ehwal kehidupan mereka. Hal ini dapat dilihat menerusi al Quran dan sunnah. Antaranya firman Allah dalam surah Yusuf ayat 67. Pengajaran daripada ayat di atas antara lain ia menyentuh tentang persoalan perancangan di mana Allah menjelaskan bahawa dalam menguruskan kehidupan jangan bergantung kepada satu pendekatan semata-mata tetapi perlulah mempelbagaikan pendekatan dan strategi. Dan setelah segala persiapan dan perancangan dilakukan maka hendaklah bertawakal kepada Allah. Ayat 47-48 di dalam surah yang sama Allah menegaskan pentingnya perancangan sebelum menghadapi atau melakukan sesuatu malah perlu bijak dalam menguruskan kehidupan agar tidak susah di kemudian hari. Di dalam ayat 9, surah al-Nisa' juga Allah tegaskan perkara yang sama bahawa perlunya mempunyai perancangan untuk masa depan keluarga dan hendaklah bijaksana dalam menguruskan harta/kewangan. Sebagaimana dalam surah al Hasyr ayat 18. Ayat ini cukup jelas menyentuh tentang kepentingan perancangan dalam kehidupan, kerana masa depan bergantung kepada perancangan kita hari ini selain daripada ketentuan Allah. Harta dalam Islam Dalam Islam mengurus dan membelanjakan harta adalah antara amanah Allah. Ia adalah satu keperluan yang bertujuan mencapai kehidupan yang diberkati. Perspektif yang tepat terhadap harta akan memastikan seseorang itu mencapai bahagia di dunia dan di akhirat menerusi hartanya. Harta mempunyai kedudukan yang sangat mulia di sisi Islam. Islam menggalakkan umatnya memiliki, menghasil dan menggunakan harta dengan baik dan bijaksana. Dari kaca mata Islam, harta adalah alat untuk menjamin keselesaan hidup manusia di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Ia juga merupakan wasilah untuk mencapai takwa. Allah juga menganugerahkan harta kepada manusia untuk menguji manusia itu sama ada bersyukur atau sebaliknya sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah dalam surah al-Munafiqun ayat 9. Di samping mengajar manusia agar mempunyai perspektif yang jelas terhadap harta, Islam juga mengajar manusia agar mempunyai pandangan yang betul terhadap kehidupan. Hal ini penting bagi memastikan kehidupan mereka bermatlamat dan arah tuju yang jelas. Islam menggariskan agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh untuk membangun dan membina kehidupan yang bahagia dan harmoni. Ini dijelaskan dalam surah Hud ayat 61. Islam juga menyeru agar menjadikan kehidupan ini dapat memberi manfaat kepada orang lain sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sebaik-baik kamu adalah yang paling banyak memberi manfaat". Di dalam ajaran Islam, dunia adalah tempat sementara yang hanya sebagai jambatan untuk ke akhirat, dunia sebagai tempat bercucuk tanam dan akhiratlah tempat untuk menuainya. Walaupun dunia bersifat sementara, Islam dengan pelbagai kaedah dan pendekatan mengajar umat manusia supaya mempunyai status sosial dan ekonomi yang baik. Oleh itu, Islam memerintahkan supaya harta dan kehidupan diuruskan dengan baik dan bijaksana. Jika sebaliknya ia akan menjadi faktor keruntuhan manusia dan kemurkaan Allah seperti dalam surah Saba' ayat 15 - 16 dan surah al-Nisaa' ayat 10 dan 161. Konsep pengurusan harta Secara umumnya ada lima aspek atau elemen utama pengurusan harta secara Islam. Pertama, Penghasilan Harta (Wealth Creation). Sebagai seorang Muslim yang sejati, Islam menggalakkan umatnya mencari harta dan tidak hanya pasrah pada qada' dan qadar seperti di dalam surah al-Juma'ah ayat 10. Kedua, Pengumpulan Harta (Wealth Accumulation) atau dengan erti yang lain bermaksud pengembangan harta. Adalah tidak wajar jika harta yang kita ada disimpan begitu saja tanpa mengembangkannya. Pengembangan harta boleh dilakukan melalui simpanan dan pelaburan di institusi kewangan. Malah Islam menggalakkan umatnya untuk membuat simpanan serta melaburkannya sebagaimana dalam surah Yussuf ayat 47-48. Ketiga, Perlindungan Harta (Wealth Protection). Setiap manusia harus mempunyai matlamat dalam kehidupan dan pasti salah satu daripadanya ialah untuk dapat kehidupan yang selesa dan terjamin dari segi kewangan sepanjang hidup. Sebagai jaminan hidup di dunia ini selain mempunyai simpanan dan harta yang mencukupi, diri kita dan harta kita juga harus dijaga daripada sebarang musibah dan perkara-perkara yang tidak diingini. Keempat, Pengagihan Harta (Wealth Distribution). Islam memperuntukan beberapa cara atau kaedah untuk pengagihan harta sebelum atau selepas mati. Antara instrumen perancangan harta adalah wakaf, wasiat, hibah dan sebagainya. Kelima, Penyucian Harta (Wealth Cleansing). Sebagai seorang Muslim kita tidak sewenang-wenang membelanjakan atau mempergunakan mengikut kehendak dan hawa nafsu. Ini kerana setiap harta ada hak-hak yang tertentu untuk dibahagikan seperti berzakat dan amal jariah kita seperti sedekah. Ini terbukti dalam surah al-Baqarah ayat 195. Pengurusan kewangan Islam Pengurusan kewangan yang bijak itu adalah yang dapat mengimbangi perbelanjaan dan pengurusan hutang, pelaburan yang mengikut syariah dan pendapatan yang mendapat keberkatan. Perlu diingatkan bahawa merancang dan mengurus ini merupakan sunnah. Dari sudut semasa, industri perancangan kewangan telah lama wujud di Malaysia tetapi bukan dalam bentuk satu disiplin profesional seperti yang ada sekarang. Diperakui oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) sejak tahun 2004 apabila SC menjadikan perancangan kewangan sebagai satu aktiviti yang memerlukan lesen. Perancangan kewangan adalah satu aktiviti yang dikawalselia oleh undang-undang. Individu yang ingin menjadi "Perancang Kewangan Bertauliah" perlu mendapat lesen daripada SC (Jadual 2, Capital Markets and Services Act 2007). Secara lebih mendalam, perancangan kewangan itu merujuk kepada 'Perancang Kewangan' sebagai "seseorang yang membuat analisis kedudukan kewangan individu lain dan mencadangkan perancangan pelan kewangan agar individu berkenaan mencapai matlamat dan objektif kewangannya." (Suruhanjaya Sekuriti). Secara ringkas, perancangan kewangan Islam itu ialah "satu proses di mana matlamat kewangan keseluruhan individu digunakan untuk membangun dan melaksanakan pelan yang holistik untuk mencapai matlamatnya yang mematuhi syariah dan akhirnya mendapat keberkatan daripada Allah" (Mahadzir Ahmad, majalah VISI, Bilangan 95) Perancangan kewangan yang didasarkan kepada Islam matlamat akhirnya menjadikan aspek kewangan sebagai satu wasilah mencapai hasanah di dunia dan di akhirat. Justeru, untuk memastikan matlamat ini dapat dicapai maka pelan perancangan perlu mengambil kira perbelanjaan untuk kemaslahatan sendiri seperti keperluan jasmani dan rohani, perbelanjaan untuk kemaslahatan orang lain seperti nafkah, sedekah dan juga perbelanjaan untuk kemaslahatan umum seperti membina masjid, hospital dan sebagainya. Secara yang lebih sistematik perancangan kewangan dari perspektif Islam perlu mengambil kira komponen-komponen berikut; pengurusan kredit dan aliran tunai, pengurusan risiko dan perancangan takaful, perancangan pelaburan Islam, perancangan zakat dan cukai , perancangan persaraan dan perancangan harta pusaka dan wakaf. Secara umumnya, ada dua aspek utama yang dititikberatkan oleh Islam dalam hal-hal yang bersangkutan dengan pengurusan harta, iaitu bagaimana harta itu diperoleh. Ia mestilah menerusi kaedah pemilikan yang sah dan jual beli, pelaburan secara Islam, hadiah dan sebagainya. Aspek kedua adalah bagaimana harta itu dibelanjakan, sama ada untuk kebaikan ataupun untuk perkara-perkara yang dilarang Allah. Perkara ini dapat dilihat menerusi sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidak akan berganjak kedua-dua kaki anak adam pada hari kiamat sehingga ditanya tentang umurnya pada apa ia dihabiskan, tentang usia mudanya pada apa digunakan dan tentang hartanya dari mana ia diperoleh dan bagaimana ia dibelanjakan dan tentang ilmunya pada apa ia diamalkan?" Oleh itu, aspek utama yang perlu diambil kira di dalam perancangan kewangan Islam adalah memperoleh keberkatan. Harta yang melimpah ruah tidak membawa apa-apa erti jika tidak ada padanya keberkatan, malah harta boleh menjadi fitnah, boleh menjadikan seseorang itu sentiasa berasa tidak cukup sehingga sanggup melakukan apa sahaja termasuklah rasuah, penyelewengan dan sebagainya. Keberkatan Sebaliknya, harta yang berkat walaupun sedikit akan membawa ketenangan dan memberikan kesan yang baik dalam segenap kehidupan. Keberkatan bermaksud mendapat restu, keredaan atau rahmat dari Allah SWT. Bagi mendapat keberkatan dan rahmat tersebut, sewajarnya kita mematuhi serta mentaati setiap perintah Allah. Namun keberkatan boleh hilang jika melakukan perkara yang menyalahi apa yang digariskan oleh Allah SWT seperti terlibat dengan riba dan melakukan dosa serta mengabaikan solat. Kesimpulannya, untuk menikmati kehidupan yang selesa dan bahagia kita perlulah mempunyai perancangan kewangan yang sempurna.

Friday, December 4, 2009

Mok...



Assalamualaikum untuk diriku dan seluruh alam... Baru enam hari mata saya sakit. Kata mak, kurang2 7 hari baru baik biasanya. Hmm, dah lama tak sakit mata, kali terakhir entah bila, sudah lupa. Balik kg, raya ke 3, mata bengkak, sampai tak leh bukak. Adik2 tanya, saper yg belasah? hehehe.. Dah besar pjg adik2 upernyer.. Tersedar untuk kesekian kalinya...

Yang lagi menyedarkan saya ketika ini ialah tentang usia. Tempoh lama atau singkat yg diberikan oleh Allah buat pinjaman manusia. Seringkali saya mendengar nasihat daripada ustaz, saudara dan rakan. Tidak sedikit yg memesan kepada saya supaya berdoa, agar Allah tidak panjangkan usia kita sehingga akal yg waras menjadi lupa dan nyanyuk. Bimbang, kalau2 perubahan tingkah laku, keterbatasan kudrat atau faktor kesihatan akan menyebabkan anak2 menderhaka di dalam sedar atau tidak. Benar, seorang bapa dan ibu boleh menjaga sepuluh anak tapi sepuluh anak belum tentu dapat menjaga seorng ibu atau bapa. Satu lagi ketidakadilan yg sering terjadi di dunia ini.


Saya kembali berfikir, adakah benar atau tidak saranan doa ini. Mengapa tidak kita tukar sahaja doa ini, dengan memohon agar Allah menjadikan kita anak2 yg sentiasa taat dan sabar dengan segala ketentuan dan karenah ibu bapa. Juga berdoa supaya dikurniakan anak2 yg sanggup menjaga kita semasa sihat atau sakit, di saat tua atau perkasa. Juga berdoa, jika dipanjangkan usia, jauhkanlah kita daripada sifat pelupa, nyanyuk dan sebagainya. Supaya tiada anak cucu yg berdosa kerana cuba menderhakai atau membenci kita. Pendapat semua ada benarnya.


Saya melihat ini, pada nenek saya yang semakin hari semakin uzur. Sejak kecil, saya dijaga oleh nenek yg saya panggil 'mok'. Usia saya memasuki TASKA, sehingga hari ini, saya tinggal bersama mok. Dulu, saya gemar sekali nasi goreng yg mok masakkan. Cekodok yg sangat lembut dan gebu enak dimakan dengan sos. Setiap kali raya, mok akan buatkan ketupat daun palas. Paling saya tidak lupa, singgang daging mok yg tiada tolok bandingnya. Menu yg tak pernah miss ialah ikan rebus goreng atau ayam goreng pula mesti bahagian kepak atau dada. Lempeng mok juga sedap, langsung tidak melekat pada kuali, walaupun tanpa minyak. Menu daging kicap digaul dengan telur dengan sedikit rasa kari, langsung tak pernah terfikir oleh saya. Chef wan pun tak tahu resepi ni agaknya. hehehe. Semua ni, menjadi kerinduan saya. Entah bila kali terakhir mok memasak, memanaskan minyak di dalam kuali.Masa itu berlalu, tanpa saya sedari. Tapi rutin harian mok memasak air dengan cerek letrik, penuhkan ketiga-tiga termos dengan air panas, masih lagi diteruskan. Kegemaran mok, teh tarik pekat yg paling kaw, dengan teh o manis sentiasa menghiasi meja makan di rumah kami sehingga hari ini. Aduhai...


Setiap kali pulang ke kg, saya melihat perubahan usia mok dengan segala keterbatasan. Sedikit lucu, bila mok bersungguh-sungguh mengatakan saya ini anaknya padahal saya inilah cucu yg dibelanya sedari kecil. Lucu di dalam sayu. Bukan sekali mok hampir rebah bila menuruni anak tangga dapur dan bilik mandi. Hampir setiap hari juga mok lupa dimana dompetnya. Yang terbaru juga kehilangan gigi palsu bahagaian bawah. Akibatnya, mok tak boleh makan benda2 keras, mengunyah pula seperti bayi kecil, comel sekali bila diperhati.

Saya semakin melihat tanda2 kurang daya ingatannya. Bila dihidang dia makan, bila ditanya katanya belum makan. Berkali-kali bertanya soalan-soalan yang sama juga mengulang cerita-cerita yg sama. Sesekali perangainya seperti anak2 kecil yg perlukan belaian dan perhatian. Saya amat sayangkan dia, sepenuh hati saya. Mok sudah berusia 85 tahun. Bila sakit, sepertinya dialah yg paling banyak menyebut tentang mati. Lalu tidak akan terlepas mengucapkan kalimah syahadah. Saya tidak dapat bayangkan kehidupan tanpa dia. Mohon agar Allah memanjangkan usianya di dalam kesihatan tubuh badan dan akal fikiran serta di dalam iman dan taqwa kepada Nya. Moga Allah mengasihi dia. Ameen...

Thursday, October 29, 2009

Takziah buat sahabat

Assalamualaikum...

Masih saya rasa dingin dahi suci Allahyarhamah Nur Fatimah. Sempat saya mencium dahinya dan mengusap pipi lembut itu. Pasti dia sedang bahagia di syurga, sedang mendoakan mama dan baba, menanti masa untuk memimpin tangan mama dan baba ke syurga. Pasti mama dan baba bangga, punyai anak suci ini. Takziah kepada dua sahabat, Khadijah dan Ramadhan..

Lambat menulis entry ini. Seperti lidah kelu untuk berkata, jari kaku untuk menaip. Ujian ini, tidak disangka hadir, sehingga semua kami turut merasa sedih. Tapi kami yakin dua sahabat ini insan terpilih. Moga disisi Allah hikmah yang terbaik.. Ameen... Menjadi peneroka memang perlu sentiasa tabah.


Wednesday, September 2, 2009

Bila lah agaknya yer...

Salam untuk diriku dan seluruh alam...

Hmm...bila lah agaknya nak dapat camera SLR sebijik ni...
Hmm...bila lah agaknya nk dapat peluang round dunia ambil gmbr banyak2 dgn camera baru...
Bulan puasa ni, kena doa banyak2 lah...
InsyaAllah, ada peluang...
sabar huda...sabar...

Friday, August 28, 2009

Motor Neuron Disease

Salam untuk diriku dan seluruh alam...

Semalam, saya menziarah seorang 'kakak' yang menghidap Motor Neuron Disease. Penyakit ini merupakan salah satu penyakit saraf yang memberikan kesan yang sangat teruk kepada pesakit jika ia berterusan. Penyakit ini akan membunuh sel-sel saraf dan otot-otot yang penting di dalam sistem badan. Kemusnahan saraf dan otot dalam badan ini lama kelamaan dan sedikit demi sedikit akan menyebabkan pesakit tidak mampu untuk mengunyah, menelan, bercakap, berjalan dan bernafas. Pesakit juga akan mengalami kemerosotan berat badan dan lama-kelamaan badan akan mengecil disebabkan kemusnahan otot ini.

"Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul". Kami tiba di rumahnya sudah agak lewat, menghampiri jam 4 ptg. Jarak antara Gombak dan Puchong agak jauh, ditambah pula dengan hujan dan kesesakan bulan puasa, memberikan peluang untuk saya dan Hanani berbuka puasa di dalam kereta. Dapat jugalah saya berbuka dengan sahabat saya sejak dari MMP lg..:D..Selalu kalau dirancang tak menjadi.. Nani, thnx for de drink. Mcm tahu2 jer aku suka nescafe panas..hehehe...

Kedatangan kami disambut dengan senyuman Kak Sue. Sekali pandang, tiada riak sedih atau sakit pun diwajahnya. Hanya keceriaan menyambut ketibaan kami walaupun tidak kami maklumkan terlebih dahulu. Bercakap dengan Kak Sue, banyak mengajarkan saya erti hidup. Walaupun kelihatannya dia ceria, masih lagi saya rasakan getar suara yang berusaha menahan sebak dan senyuman manis yang cuba untuk menutup resah hati itu. 'Redha' dengan ujian bukan bermakna kita tidak boleh untuk sedih. 'Redha' dengan ujian bukan bererti kita tidak boleh meluahkan isi hati kepada orang lain. Bukankan melepaskan sesuatu yang terbuku di hati juga boleh meningkatkan lagi rasa 'redha' kita kepada ujian yang Allah berikan. Saya belum tentu setabah Kak Sue. Saya belum tentu se'redha' kak sue. Moga Allah sembuhkan kesakitan yang dialaminya. Moga Allah temukan penawar yang berkesan kepada kak sue. Semoga keluarga beliau dilimpahi dengan keberkatan dan kesabaran.

Siapa tahu dia akan diuji begini. Kak Sue sendiri pun tiada pengetahuan itu. Hanya Allah sahaja yang Maha Tahu dan Maha berkuasa. Siapa kita untuk menafikan hak dan kehendak Allah, jika Dia menghendakkan kesembuhan kepada kak sue. Walaupun sejuta pakar perubatan berkata tiada harapan, tetapi bila Allah berkata kun, fayakun. Jangan putus harap kepada Allah. Sepatutnya yakin dan usaha. There can be miracle when you believe.

Saya tidak mampu untuk menolong yang lain. Hanya sekadar berdoa kepada Allah. Tiada guna saya berkata 'Alangkah bagusnya jika semasa sihat dulu, kak Sue mengambil polisi takaful'. Boleh membiayai kos perubatannya'. Kesalan saya tentang hal ini... Lagi-lagi kesalan saya jika orang lain disekeliling saya juga tidak dapat saya bantu... Lalu saya harus bagaimana...

Ramai yang melihat ejen takaful seperti saya ini sepertinya ingin mengambil kesempatan. Salahkah saya mengambil peluang untuk sekadar bercerita, bukan memaksa. Biar saya bercerita dulu, soal keputusan terletak ditangan mereka. Saya bukan menjual barangan. Bahkan saya mengajak semua menjaga barangan yang sangat berharga yang sudah dimiliki oleh semua, iaitu SIHAT.. Masa SIHAT sebelum SAKIT. Just prepare... Kesudahan kita adalah rahsia Allah. Jalan menuju kesudahan itu, boleh kita tentukan dengan keputusan yang kita buat kini.. Tidak salah untuk sentiasa bersedia.....




Tuesday, August 11, 2009

Ini sgt serius...

Salam..Pesanan drpd seorang ustaz, amalkan ayat ke 58, surah yaasin. Amlakan 28 kali sehari, mohon pada Allah dijauhkan daripada segala bala dan wabak...Semoga Allah memelihara kita semua.. Ini sgt serius...

Sunday, August 9, 2009

'Past' and 'advance'.....

Salam untuk diriku dan seluruh alam...

Jumaat Mei dan Ogos... Pertemuan geng gosip sedunia. Aper citer kitaorg ni? Heheheh..mentang2 lah tak gi solat jumaat... Ambil peluang jalan2 cari makan di The Weld n Menara Hup Seng.. Hr tu nyer lom sempat upload..Kih2..2 in 1.. Past and advance.. Thanks geng..korang memang best walaupun aku kena tahan telinga..adeeehhh...


Allaahumma baarik lana fi ma rozaqtana wa qina adzaabannaar..
Ameen..Jemput makan ssemua..:)




Nyam2...best nyer kak teh belanja..mekacih daun keladi..hehehe

Terima kasih untuk hadiah yg sangat istimewa..huhu..lom baca hbs lg..:(..
Irni punya design tak leh up load ar..sedeyy..huhu

Huhu..terharu, ibu mengandung sanggup ke satay Kajang..huhu..tenkiu Anis and Azizi

Alhamdulillah, di atas nikmat usia...
Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya...
Moga Allah merahmati kalian...
Terima kasih atas segala tanda ingatan dari kalian...
Moga Allah memberkati kalian...


Kali ni, sebab 30 Ogos puasa, tak bermakna tak leh wat awal..Heheh..apa citer kat sisters kitchen ni? Punya lah meriah makanan...:)..

Taraaaaa.....:)




Kak Teh, thn2 depan, kira pusing jer lah nombor tu yer..:p

Waaahhh, banyak nya makanaaan..Kak Ros, dah boleh makan ker?..:)
(Versi upin ipin)
... Che Yin, apa kat hujung tu..spoil betol laaarr..:p

Waaahh...best nyer Mas belanja...mekacih don keladi..:)

Yaaaahhh..ini lah masanya.. Bayangkan aku gigit org yg pernah buat aku geramm...ggggrrrr.....

Mak oi c.da....memang betul laah, letak sebiji terus lg beesssttt...Hampeh betul, sampai kembong2 pipi aku..:p

Ehem2...sebenarnya, bukan nk tunjuk roti sgt pun...Nak tunjuk cincin kekasih hati aku bg ni jer....kuang3...

Haaaa...ini baru nk tunjuk hidangan lazat...kihkihkih...

Jomm...potong chheeezzz keeeeekkkkk.....

Ehem2.....Perempuan Melayu terakhir...ehem2...

eleh che yin, setakat cincin tu, tak heran lah....tengok aku punya gelang ni, lg besau....hahahaha...

Perempuan Melayu terakhir takkan riyak punyer....Hehehehe...
Dalam Hati.."Haaii..harap2 Nizam paham, lengan aku tu, kosong jer...:p"

Haii....ingat org tak tahu ker, che yin tu, bercakap2 dlm hati pasal gelang aku nii...ekehkehekeh

Biaar lah korang mak 2 dan isteri 2.... Aku tangkap gambar lg bagus..Kan c.da? Betul3...(versi kak ros..:p)

Hehehehe...rasakan korang...rasakan kek niii...hehehehe

Alhamdulillaahh...dah selesai....jom balik...

Uikss.....jangan marah I tau... U all lambat upload.... Apa lg.....hahahaha...
Thanx semua....che yin, kak teh, acik mas, wani, bonda walaupun last minute tak dpt join..huhuhu...korang semua memang best...:D


Thursday, July 23, 2009

Hadza Sabiilii...

Salam untuk diriku dan seluruh alam...

Tepu rasanya fikiran saya hari ini. Tapi ini jalan yg saya pilih..
Ingat janji Allah.. "inna ma'al 'usri yusro..".. Allah, mudahkanlah urusan hamba ni..

Thursday, July 16, 2009

Kepada geng2 RM

Salam untuk diriku dan seluruh alam...

Sambil menikmati kuey tiow tomyam, di depan saya saat ini, masjid bulat, kenangan terawih masa dok kat RM dulu..sama2 merempit, tapi pakai telekong semayang.. Rock tak geng?..:p.. Rindu saat itu.. Apa kabar semua geng2 RM? Che Puteh, Min, Ina, Yan, Eli, Zai, Hasnah, Cik Il, Mama, Achik, lydia... Juga yg selalu dtg memeriahkan RM, Reen, Kak Teh dll? Rindu bangat sama kalian.. Bila nk jumpa lg yer...

Tom yam ni sedap, tapi kurang enak, sbb makan sorang2.. Jomlah, aku belanja korang makan..Kih2..Kejap lg ada training class kat Takaful Ikhlas.. Ni lah kehidupan aku sekarang geng.. Harap bleh jumpa lg nanti...

Salam ukhuwwah fillah...

Sunday, July 12, 2009

Masihkah ada maaf itu untuk saya

Salam untuk diriku dan seluruh alam...

Perbualan saya dgn seorang sahabat sbntar td sgt menghiris hati. Sudah lama saya ingin berhubung dengan dia, semenjak peristiwa itu. Sudah bersangatan lamanya saya ingin meluahkan apa yg terpendam dalam hati saya. Ternyata, dia sepertinya masih terkesan dengan cerita dulu. Tapi saya akan sentiasa berpegang pada katanya, "cukuplah dr jauh aku intai mung". Bermakna dia tidak akan membuang sy jauh2 sbg seorang shbt. Cuma dia sangat dan sangat berjauh hati dengan saya. Saya harap dia akan membaca blog saya ini.

Entah lah, saya menjadi seorng yg sgt tidak sabar dengan karenah dia pada satu masa dulu. Saya yakin saya faham kondisi dia. Sampai sekarang saya yakin saya memahami dia, walaupun dia merasakan sebaliknya. Cuma salah saya sbb tidak sabar. Bagaimana sy nak menafikan kelemahan seorg manusia seperti saya ini.

Demi Allah, saya sgt sayang dia sebagai sahabat. Saya yakin, dia juga begitu. Siapalah saya untuk membuatkan dia maafkan saya. Siapalah saya untuk membuatkan dia lupa pada perselisihan kami ini. Tapi, saya masih berharap, segalanya akan kembali seperti dulu, kerana segalanya kerana kasih dan sayang.

Saya sebetulnya sangat tension saat itu, dengan sedikit masalah yg memberatkan hati dan fikiran. Memang manusia sering membuat kesalahan. Kesalahan itu banyak mengajar dan mematangkan kita. Tapi pada kebanyakan masa, kita tidak mampu memilih kepada siapa dan bila kita akan berbuat kesalahan itu. Lalu, secara tidak sedar, saya memilih dia untuk berbuat salah dan secara tidak sedar juga ia datang sewaktu emosi yang bercampur2 dengan beberapa masalah lain. Walaupun sejuta pengakuan saya tentang salah saya, tapi saya tidak mampu memaksa dia untuk memaafkan saya. Lalu saya harus bagaimana?

Buat sahabat-sahabat yg masih mahu meletakkan diri saya sebagai sahabat kalian, jika saya tersalah, mohon ditunjuk ajar, tolong jgn buang saya. Kalau saya terkasar bahasa, mohon ditegur diri saya, jgn jauhkan diri daripada saya. Kalau saya seakan tidak mengenali diri saya, kenalkan lah saya pada tempat asal saya, jangan larikan diri dari saya.
Kerana saya manusia biasa..Kerana saya tidak sempurna...

Thursday, June 25, 2009

Takaful Ikhlas disburses RM411,000 to cancer patient beneficiary

Source: Bernama, 11th June 2009

Nor Rashidah Salleh, who passed away from cancer in October last year, made the right decision by participating in the takaful insurance coverage plan in 2007.

As a result of her foresight, Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS) disbursed the sum of RM411,409.49 to her beneficiary, Mohd Razib Ali, 50, in settlement of her claim entitlement recently.

In the spirit of the idiom ’saving for a rainy day’, takaful insurance coverage prepares one for the uncertainties of the future, Takaful IKHLAS President and Chief Executive Officer, Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman said in a statement Thursday.

“Indisputably, nothing can take the place of a mother’s love. Nevertheless, proceeds from the deceased’s takaful entitlement will be of help to her beneficiaries at this time of need,” Syed Moheed said.

The late Nor Rashidah had subscribed to a takaful scheme in which profits derived from investments made by Takaful IKHLAS under the scheme would be distributed to the participants or their beneficiaries.

According to Mohd Razib, the money received from the takaful claim will be used for his children’s education.

Sunday, May 24, 2009

Laryngoscopy dan gigi

Salam untuk diriku dan seluruh alam...
Banyak perkara yang berlaku, tidak sempat untuk diabadikan dalam blog ini.
Balik kampung baru-baru ni, mok (nenek) saya dikejarkan ke emergency. Kenapa? Oh, jangan pandang enteng soal tercekik tulang. Ini tulang ayam, bukan tulang ikan. Percaya atau tidak? ini gambarnya...


3 hari melihat keadaan mok, hati diruntun pilu. Tidak boleh makan dan minum. Seteguk air pun satu penyeksaan baginya. Al-kisah, malam tu, saya 'terkalut-kalut' membuat persiapan untuk pulang ke KL. Seperti biasa, mok pun kalut sama. Ditambah pula, ada masalah gusi bahagian bawah, menyukarkan mok memakai gigi palsunya. Dengan gigi palsu atas sahaja menjadikan kunyahannya terhad. Tanpa sedar, tulang yang bersalut isi memasuki ruang kerongkong tanpa sempat memberi isyarat kepada gigi palsu (tanpa pelekat polident..:p) dan isyarat otak berkata, telan, telan cepat-cepat, cucu dah nak naik bas tu...tiba-tiba mok mengerang sakit, aku panic. terus membawa mok ke klinik seterusnya ke emergency di Hospital Kota Bharu. Keesokan hari baru dirujuk kepada pakar dan hari yang berikutnya menjalani operation melalui kaedah laryngoscopy.


Alhamdulillah, segalanya dimudahkan Allah, walaupun beberapa risiko kemungkinan akan berlaku kepada warga emas berumur 85 tahun seperti mok. Antara risiko yang dinyatakan seperti, kesan lama ubat bius, kecederaan tulang melalui kaedah laryngoscope tersebut, kecedaraan bahagian mulut atau patah gigi (ini mustahil sebab gigi palsu..hehehe). Mok dipantau selama dua hari selepas operation. Terima kasih kepada tenaga doktor di HKB terutama bahagian ENT. Moga Allah berkati dunia akhirat. Ameen ...

Selingan: Kenapa kebanyakan perempuan yang memakai gigi palsu? Sebab masa mengandung, kalsium dalam badan ibu, banyak diberikan kepada baby. Justeru, ibu perlu banyak mengambil susu saat mengandung. Itupun, kalau ibu tiada masalah alahan. Tapi, kebanyakan ibu, bermasalah untuk mengambil susu kerana alah dan muntah menyebabkan ibu kekurangan kalsium. Tapi, ibu ini redha asalkan baby sihat. Kepada para suami, adakah bersedia untuk melihat satu demi satu gigi-gigi isteri tertanggal dari gusi? hehehehe... Terimalah isteri seadanya... 'erti hidup pada yang memberi..' So, kepada isteri dan bakal isteri pulak, jangan tunggu masa mengandung sahaja baru nak ambil susu. Mulakan dari sekarang...caiyukk....!!!!

http://drleen.wordpress.com/2008/02/12/mitos-dan-fakta-tentang-gigi/

Mitos dan Fakta tentang gigi

Ada banyak mitos-mitos yang berkaitan dengan gigi yang pernah saya dengar..kadang kala ianya berlaku secara kebetulan dan orang akan menyangka ianya satu penyebab. Kadangkala pula ia diketahui dari orang-orang tua. Adakah semuanya mitos atau sememangnya benar? Kita ikuti satu persatu.

Mitos: Cabut gigi atas akan menyebabkan rabun
Fakta : Pencabutan gigi atas tak kira gigi hadapan atau belakang tidak akan menyebabkan rabun kepada mata. Kita boleh melihat apabila cahaya yang masuk ke dalam mata terus fokus pada lapisan retina. Kita menjadi rabun kerana cahaya itu masuk dan fokus di hadapan atau belakang lapisan retina. Kebanyakkan rabun adalah bersifat keturunan. Cabut gigi atas memang tidak akan menyebabkan rabun, jika ianya terjadi, ia hanyalah kebetulan sahaja.

Mitos: Pencucian ( scaling ) gigi yang kerap menyebabkan gigi nipis

Fakta: Alat yang digunakan utk mencuci gigi tidaklah bersifat tajam. Ianya bergetar untuk menanggalkan karang gigi yang keras seperti simen dan melekat pada gigi. Jadi pencucian yang kerap iaitu 6 bulan sekali tidak akan menipiskan gigi. Gigi boleh terhakis jika di berus dengan berus yang keras dan juga jika berus dengan kuat setiap hari.

Mitos:Pencucian gigi yang kerap menyebabkan gigi makin goyang
Fakta: Gigi bergoyang disebabkan tulang yang memegang gigi telah berkurangan. Ini berpunca daripada karang gigi yang melekat pada gigi. Lama kelamaan karang gigi itu sangat tebal dan memegang keseluruhan gigi-gigi yang bergoyang menyebabkan gigi-gigi tersebut nampak seperti tidak bergoyang. Jadi bila karang gigi itu dibersihkan, maka gigi terasa seperti lebih bergoyang. Jika selalu cuci gigi, maka karang itu susah nak terjadi dan tulang akan sihat seterusnya gigi tak bergoyang

Mitos : Jika tak cabut gigi susu sebelum gigi kekal tumbuh, gigi anak akan tak tersusun
Fakta: Gigi susu yang goyang menandakan gigi kekal sudah semakin hampir ke permukaan dan juga akar gigi susu tadi telah dihakis oleh gigi kekal. Ianya boleh tercabut sendiri ataupun dicabut oleh dr gigi apabila masa utk gigi tu tanggal telah tiba. Jika dicabut terlalu awal, ia boleh menyebabkan gigi kekal nanti tak tersusun kerana ruang yang sepatutnya utk gigi kekal itu tumbuh sudah semakin kecil disebabkan gigi lain bergerak ke ruangan itu. Gigi yang tak tersusun biasanya disebabkan oleh keturunan ( rahang kecil, gigi besar) dan juga kerana gigi dicabut terlalu awal.

Mitos: Jika gigi susu rosak, elok dicabut sahaja kerana akan diganti oleh gigi kekal
Fakta:
Gigi susu sama sahaja fungsinya dengan gigi kekal iaitu untuk mengunyah makanan. Ianya sama penting dengan gigi kekal untuk memastikan tubuh badan mendapat nutrisi sepenuhnya untuk tumbesaran. Jika dicabut, beberapa masalah akan timbul. Pertama, susah nak makan kerana sudah tiada gigi. Kedua, gigi kekal akan lambat tumbuh kerana lagi lambat menembusi gusi berbanding jalan yang telah dibuat oleh akar gigi susu. Ketiga, akan menyebabkan gigi kekal tidak terusun.

Mitos: doktor gigi suka membuat lubang kecil pada gigi jadi besar
Fakta:
Lubang pada gigi kadangkala nampak kecil sahaja tetapi di dalamnya sudah kosong. Bila doktor gigi membersihkan semua bahagian yang rosak, maka nampaklah lubang itu semakin besar.

Mitos: Gigi palsu lagi senang dipakai dan tahan lama
Fakta:
Gigi palsu tidak akan tahan selama-lamanya kerana lama kelamaan tulang dan gusi akan mengecil, jadi gigi palsu akan menjadi semakin longgar dan perlu di ganti dengan yang baru.

Mitos: Tidak boleh buat rawatan pergigian jika mengandung
Fakta:
Rawatan pergigian seperti cuci, tampal boleh dibuat pada bila2 masa saja termasuklah semasa mengandung. Rawatan yang memerlukan pesakit duduk terlalu lama atau rawatan yang susah seperti cabutan secara pembedahan, rawatan saraf eloklah di elakkan semasa mengandung di 3 bulan pertama dan 3 bulan terakhir.






Thursday, April 9, 2009

Why do we read Quran, even if we can't understand a single Arabic word????

Why do we read Quran, even if we can't understand a single Arabic word???? This is a beautiful story.

An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Quran. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.

One day the grandson asked, "Grandpa! I try to read the Quran just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur'an do?"

The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, "Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water."

The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, "You'll have to move a little faster next time," and sent him back to the river with the basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead.

The old man said, "I don't want a bucket of water; I want a basket of water. You're just not trying hard enough," and he went out the door to watch the boy try again.

At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty. Out of breath, he said, "See Grandpa, it's useless!"

"So you think it is useless?" The old man said, "Look at the basket."

The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out.

"Son, that's what happens when you read the Qur'an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives..."

Tuesday, April 7, 2009

Kalimah Allah di telinga Aslam

Alhamdulillah....Syukur pada Allah atas segala kesempurnaan ini. Masih segar dalam ingatan, jam 3pg 28 Feb 2009, Abe Die bawa Kak Na ke hospital Sg. Buloh setelah merasakan tanda2 awal kelahiran. Sepanjang hari, hanya menunggu di ruang emergency. Tempoh ini, dia amat teruji. Katil tidak diberi sebab penuh, terpaksa menunggu giliran. Hanya kerusi sahaja menjadi teman menghilang lenguh dan tempat berpaut menahan sakit semasa kontraksi. Berkali-kali saya di rumah yg ketika itu menjadi babysitter anak sulungnya menelefon. Masih tiada tanda-tanda untuk diberi perhatian segera. Sehinggalah petang itu sekitar jam 6ptg, baru lah diberi tempat di dalam wad. Memang saya tersangat bengang dengan keadaan ini. Entahlah siapa yg patut dipersalahkan...

Keesokan harinya, saya sedikit tenang mendengar khabar. Jam 3 pg keesokannya, 29 Feb 2009, Kak Na disorong masuk ke Labor Room.
Kali ini, kontraksi semakin kerap dirasakan. Tahap kesakitannya meningkat dari semasa ke semasa. Namun masih juga tiada tanda2 untuk segera melahirkan. Orang lain yg lebih lambat masuk, lebih awal keluar membawa baby masing2. Kami masih lg menanti khabar gembira. Tidak putus2 kami di sini dan di kampung memanjatkan doa supaya segalanya selamat. Resah hati ni, jangan cakap laah. Tak tahu nk cerita. Abe Die pula tidak dibenarkan masuk ke dlm, maklumlah, hospital gomen. Alhamdulillah, pg itu, hampir sahaja azan subuh dilaungkan, Kak Na selamat melahirkan seorang bayi lelaki, seberat 3.5 kg, secara normal. Dan di telinga baby tersebut terbentuk seperti kalimah Allah. Saya kongsikan gambarnya di sini. Telinga di sebelah kiri agak jelas dan kanan kurang jelas.